Salahkah Mencari Jodoh Di Laman Sosial?

 

Sebagai anak muda yang urban pada zaman millennial, mencari jodoh di laman sosial adalah salah satu cara untuk mengenal budi hati seseorang yang mereka minati. Mereka tidak lagi mencari di alam realiti, bermaksud mereka tidak mudah untuk memulakan langkah atau kata-kata secara bersemuka. Sudah tentu segalanya mahu melalui telefon bimbit sahaja.

Ada juga masyarakat mengatakan ‘KOLOT’ apabila seseorang ingin berdaftar pada mana-mana laman sosial untuk bertemu jodoh. Seperti mana yang kita tahu, kini sudah terlalu banyak platform untuk seseorang mencari jodoh.  Tidak kira dengan apa jua kaedah sekalipun untuk mencari jodoh, tidak lah boleh dikatakan secara total ‘Kolot’ kerana ia adalah persepsi individu masing-masing.

Berkemungkinan bagi mereka, laman sosial ini adalah kaedah yang tidak menjaminkan kebahagiaan seperti mana apabila mencari jodoh itu sepatutnya dirancang oleh keluarga. Calon daripada keluarga pasti sesuai kerana mereka telah berkenalan dengan lebih lama.

Tetapi ia juga bukanlah kesalahan individu untuk mencari jodoh di laman sosial kerana mereka kesempitan masa atau dirasakan orang disekelilingnya tidak sesuai.

Sebagai kaum muslim, mencari platform yang bersesuaian untuk mencari jodoh adalah hal mustahak bukannya hal yang main-main kerana sikap individu itu sendiri. Laman sosial itu sendiri tidak bersalah, tetapi yang patut dipersalahkan orang yang menyalahgunakan laman sosial tersebut.



Oleh kerana orang yang sebegini, masyarakat memandang laman sosial adalah tempat yang jijik untuk mencari jodoh. Seperti perumpamaan Hanya Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga. Jadi sudah pasti mana-mana laman sosial sudah dianggap buruk oleh masyarakat.

Aplikasi yang banyak memberi persepsi yang buruk oleh masyarakat adalah Wechat, hanya kerana terlalu ramai budak sekolah menyalahgunakan aplikasi tersebut. Padahal ada sahaja diantara mereka, dikalangan dewasa mampu mencari jodoh dengan aplikasi tersebut.

Selain daripada itu, aplikasi yang popular sudah tentu Facebook. Hanya kerana orang luar memandang post seseorang yang sering berdakwah, post sesuatu kebaikan, cantik dan indah, pasti mereka merasakan orang tersebut adalah orang yang baik-baik.



Tetapi kita hanya mampu menilai seseorang melalui luarannya sahaja. Peribadi mereka? Wallahua’alam. Air yang tenang, jangan disangka tiada buaya.

Apabila mahu bersangka buruk perlulah bertempat. Mahu bersangka baik juga perlu bertempat. Jika semua perkara mahu bersangka buruk, pasti terlalu banyak aura negatif disekeliling anda sehingga tidak mampu untuk menjadi positif. Setiap perbuatan anda pasti tersekat dan tidak berani mengambil risiko.

Tidak salah mencuba nasib untuk mencari jodoh di sosial media, tetapi hanya kerana peribadi seseorang yang kita tidak kenal tidak semestinya anda harus putus hubungan. Berta’aruf lah dengan cara yang bertepatan dengan Islam supaya anda tidak salahgunakan laman sosial tersebut.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 631,792 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen