Orang Ketiga Hadir Tanpa Diduga, Ikuti Langkah Mudah Untuk Tanganinya.

 

Siapa yang tidak kecewa apabila pasangan yang disayangi kini sedang berbahagia dengan orang lain. Anda pula masih lagi tercari-cari dan tertanya-tanya apa yang lebih pada dia dan apa yang kurang pada diri anda. Pada ketika ini abaikan semua dahulu untuk mengetahui apa kelebihan dia. Sebaliknya, bagaimana mendapatkan hati pasangan anda serta menguatkan diri anda yang terluka. Berikut adalah cara anda tangani orang ketiga yang hadir dalam hubungan anda.



1. Tenangkan diri anda dahulu.

Jangan ambil langkah yang terburu-buru. Apabila anda dapat sahaja berita tersebut, anda seharsunya lebih sabar dan bertenang. Sekiranya anda pergi berjumpa dengan pihak ketiga itu, ia hanya membuatkan hubungan anda semakin rumit dan kemungkinan pihaknya akan menang dengan mudah.

2. Cuba untuk mencari keserasian semula.

Apa kata anda imbas kembali ketika hubungan anda masih baru. Apa yang anda telah lakukan kepadanya sehingga dirinya begitu menginginkan anda. Jadi apa kata anda lakukan itu semula agar dirinya mengingati kenangan manis antara anda berdua dahulu.

3. Berbincang dengan pasangan.

Untuk mendapatkan kepastian yang jelas, adalah lebih elok sekiranya anda saling berkomunikasi dengan pasangan anda. Bukan itu sahaja, cuba untuk berbincang dengan sebaiknya agar hubungan anda tidak bertambah tegang dan semakin memburuk. Berbincang selembut mungkin agar dirinya lembut hati terhadap anda.


4. Tumpukan kepada diri sendiri atau anak-anak.

Tiada guna jika anda bergaduh dengan dirinya hanya kerana orang lain. Lebih baik anda hanya memfokuskan diri anda serta kerjaya anda. Cuba buktikan kepadanya bahawa anda seorang yang kuat dan tidak menyerah kalah.

5. Perbaiki diri.

Pada ketika ini cuba untuk perbaiki segala kelemahan anda. Jika tidak cantik, maka mulalah berdandan, sekiranya tidak pandai masak mula belajar masak. Cuba untuk menjadi orang yang lebih baik daripada pihak ketiga itu.

Jangan pernah menyerah kalah apabila hadirnya orang ketiga. Usaha semampu anda untuk pertahankan hubungan anda. Tetapi jangan tergesa-gesa kerana, lelaki tidak sukakan paksaan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,367 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen