5 Perkara Wanita Yang Single Terlalu Lama Harapkan Daripada Seorang Lelaki Ketika Bercinta.

 

Seorang lelaki secara lahiriah sememangnya tidak peka dengan perasaan wanita. Terutamanya ketika wanita itu sedih, marah, atau tiada mood kerana gagal mengawal emosi. Wanita yang kuat dan mempunyai ego sentiasa mengukirkan senyuman walaupun hatinya terluka. Tetapi dalam pada masa yang sama mahu pasangan mereka mengetahui perasaan sebenar mereka.

Wahai wanita, lelaki tidak mampu membaca fikiran anda. Jadi jangan cuba berkias dengan mereka kerana mereka akan rasakan anda sebenarnya gembira walaupun terluka.



Jadi apakah antara perkara yang wanita harapkan ketika bercinta…

1. Mereka mahukan ruang untuk mengenal anda dengan lebih terperinci.

Sebahagian daripada wanita merasakan zaman sekarang sebenarnya tidak relevan untuk berkenalan dalam masa yang singkat dan kemudian bernikah dengan cepat hanya kerana untuk menghalalkan hubungan. Wanita jenis ini berkemungkinan terkesan dengan kisah silam dan terlalu selesa hidup sendirian terlalu lama.

Jadi, sudah tentu wanita ini memerlukan masa untuk seorang lelaki berkenalan dengan mereka, lebih-lebih lagi jika berkenalan di sosial media. Bukan hanya kenalan di sekolah atau di pejabat.



2. Mesej selepas bertemu.

Wanita akan berasa bertuah jika selepas sahaja bertemu janji, si lelaki akan menghantar mesej “Saya seronok keluar dengan awak hari ni”, “Awak happy tak keluar dengan saya tadi?”. Hanya dengan pesanan ringkas ini,pasti mampu membuat wanita tersenyum sehingga keesokan hari. Mudah.

3. Pemberian hadiah.

Ini kerana mereka sudah terlalu lama tidak menerima apa-apa kejutan daripada seorang lelaki yang mereka sayangi. Dengan pemberian hadiah yang kecil sebenarnya mampu membuatkan mereka gembira. Tidak perlu terlalu mahal, cukuplah bersederhana. Ini menandakan masih ada lelaki yang mahukan dirinya.



4. Bahasa cinta.

Seorang wanita yang sudah terlalu lama single mempunyai daya imaginasi yang berlainan, ini kerana mereka mengharapkan teman lelaki yang kali ini memberikan kenangan tidak sama seperti hubungan masa silam. Sudah tentu mereka mahukan cinta yang matang daripada pasangan, tidak lagi seperti “Saya cinta awaaa sanad sanad” seperti kebudak-budakan.

5. Perhatian.

Seperti wanita yang normal sudah tentu mereka mahukan perhatian. Tetapi perhatian kali ini perlu lah dengan usaha yang lebih kerana mereka sudah single terlalu lama. Mereka memerlukan seseorang yang benar-benar dapat meyakinkan mereka bahawa anda lah lelaki yang terbaik untuk mereka. Jika lelaki tersebut mudah berputus asa, alamatnya wanita ini tidak mudah mempercayai anda.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 446,639 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen