6 Soalan Ini Akan Mendedahkan Jika Pasangan Anda Pernah Curang. Adakah Si Dia Gagal Atau Lulus?

 

Terdapat pelbagai cara untuk menguji kesetiaan pasangan termasuklah dengan bertanya soalan yang berkaitan dengan hubungan mereka yang lepas. Cara ini kebanyakan tidak dilakukan oleh pasangan kerana khuatir tersalah cara yang mengakibatkan pada perbalahan.



Jadi dengan cara bagaimana dan soalan seperti mana untuk menguji kesetiaan mereka, jom ketahuinya…

1. “Boyfriend bestfriend saya curang kat belakang dia, awak rasa dorang patut putus ke?”

Salah satu cara untuk mengetahui jika pasangan anda pernah curang atau berkemungkinan sedang curang adalah dengan bertanyakan pendapat tentang hubungan orang lain. Dengan jawapan yang diberikan anda sepatutnya dapat menghidu jika mereka sedang curang.

GAGAL: “Semua orang lakukan kesilapan, kalau saya yang curang, awak patut berikan saya peluang kedua untuk tebus kesalahan…”

LULUS: “Kenapa mereka berdua putus? Pasti ada cerita disebalik yang terjadi, saya tak boleh beri kata putus kalau dengar sebelah pihak sahaja”



2. “Awak marah tak, kalau ada orang lain mengorat saya?”

GAGAL: “Alahh, kalau dorang mengorat awak, awak tak layan kan?”

Sebenarnya dengan kata-kata begini, mereka akan merasakan tidak kisah jika mereka mengorat orang lain juga, tetapi anda jangan marah pula.

LULUS: (Tidak berkata-kata, tetapi merenung dengan mata yang tajam) Pasti cemburu, bukan?

3. “Awak rasa tak jujur tu normal ke?”

GAGAL: “Semua orang pun pernah menipu, dengan mak sendiri pun menipu kan?”

Kerana bagi mereka menipu itu adalah kebiasaan dalam hidup mereka, sehingga tiada orang yang dapat menghidu perbuatan tersebut.



LULUS: “Tak ada motif untuk saya menipu”

4. “Kenapa awak putus dengan Ex awak dulu?”

GAGAL: “Sebab saya rasa dia membosankan, dan jumpa dengan seseorang yang lebih baik”

LULUS: “Sebab dia ada orang lain”

Soalan seperti ini jarang untuk orang beritahu kebenaran kerana malu apa yang terjadi ada waktu lepas. Jadi, cuba soalan yang seterusnya.



5. “Relationship sebelum ni, awak macam mana?”

GAGAL: “Mula-mula saya sayang sangat kat dia, seperti dah bertemu jodoh, tapi lepastu ada sahaja halangan yang menyebabkan kami selalu bergaduh, saya tak tahan lepastu saya senyap malas nak layan”

LULUS: “Mula-mula takut nak dekat dengan dia, tapi lama-kelamaan kami seperti bekerjasama untuk memperbaiki kelemahan masing-masing. Masa tu saya dah jatuh hati pada dia, tapi keluarga dia sudah ada calon untuk nya”

6. “Weekend ni awak nak buat apa?”

Soalan paling mudah untuk ditanya, jika jawapan yang diberi seperti meragukan dan tiada perancangan untuk keluar bertemu dengan anda, itu adalah tanda-tanda si dia mula curang pada anda. Hati-hati!



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,236 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen