Lafaz Nikah Sangat Mudah. Jika Cukup Rukun, Maka Sahlah. Kenapa Nak Disusahkan.

 

APAKAH pernikahan seseorang sah apabila naib kadi telah tersalah sebut nama bapa bakal isteri semasa lafaz akad nikah. Kesalahannya hanya pada nama penuh bapa bakal isteri contohnya, Maria Binti Abdul Karim yang sebenar tetapi disebutkan Maria Binti Mohamad Karim dan bakal suami menjawab akad tersebut dengan nama yang betul serta saksi telah mengesahkannya. Untuk makluman ustaz, sebelum upacara pernikahan sebenar naib kadi telah melakukan akad percubaan dengan menyatakan nama bapa bakal isteri dengan betul?



Jawapan.

Majlis akad nikah sebenarnya sangat mudah. Jika cukup rukun nikah, maka sahlah nikah tersebut. Antara rukun nikah ialah lafaz ijab dan lafaz qabul. Ramai yang seolah-olah merumitkan lafaz ijab dan qabul. Antaranya pengantin lelaki mestilah menjawab terus selepas tok kadi selesai mengucapkan lafaz ijab. Jika tidak terus dijawab, sebaliknya pengantin lelaki menarik nafas sekali maka nikahnya tidak sah lagi. Ulang semula. Ada pula syarat agar pengantin lelaki menjawab dengan satu nafas sahaja. Jika terhenti kerana menarik nafas maka tidak sah. Ulang semula. Berpeluhlah pengantin lelaki. Lafaz nikah sangat mudah. Tok kadi ucapkan maka pengantin lelaki pun boleh menjawab dengan ringkas. Boleh dijawab dengan lafaz "aku terima nikahnya".



Dalam isu soalan di atas, di mana tok kadi tersalah sebut nama bapa pengantin perempuan, ia tidaklah merosakkan lafaz ijab tersebut. Ini kerana pengantin perempuan sudah ditentukan. Oleh itu, antara syarat yang menentukan pengantin perempuan ialah nama, kata ganti nama atau kata tunjuk. Dalam hal ini, pengantin perempuan sudah berada di situ. Ahli keluarga yang hadir pun sudah mengetahui siapakah pengantin perempuan. Maka sedikit kesilapan tidaklah membatalkan lafaz ijab dan qabul. Maka di sini juga antara peranan saksi nikah untuk memastikan segalanya disebut dengan betul. Tujuannya agar tidak berbunyi cerita-cerita yang tidak sedap didengar selepas majlis akad nikah. Kalau saksi nikah berpendapat bahawa perlu diulang semula bagi mengelakkan tanggapan yang kurang baik, maka tidak mengapa untuk saksi nikah membetulkan tok kadi nikah.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 454,795 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen