Tanda-Tanda Anda Sudah Tidak Lagi Mencintai Si Dia. Adakah Harus Memutuskan Hubungan?

 

Apabila sudah terlalu lama menjalin hubungan cinta dengan seseorang, dan merasakan hubungan tersebut hambar seperti tiada rasa keseronokan lagi, pasti ia menganggu fikiran anda. Bukankah apabila sudah lama berkenalan, cinta yang terpaut pasti akan bertambah erat? Tetapi kenapa anda tiba-tiba tawar hati pada si dia?



Jom lihat tanda-tanda tersebut…

1. Jantung anda tidak lagi berdebar melihat si dia.

Sebelum ini, setiap kali bertemu pasti anda merasakan jantung bagaikan mahu meletup kerana debaran yang melampau. Apabila melihat seseorang yang kita cintai pasti perasaan teruja itu dapat dirasai dengan hati. Tetapi kali ini anda berasakan seperti berjumpa dengan rakan biasa.



2. Tidak bertentangan mata.

Ketika mencintai seseorang, setiap butiran perkatan yang keluar daripada mulut mereka pasti kita akan memberi perhatian sepenuhnya, malah matanya pasti akan ditenung. Tetapi kali ini, anda berasa malas untuk bertentangan mata apatah lagi menatap wajahnya. Rasa menyampah?

3. Anak mata mengecil.

Setiap pasangan yang bercinta apabila bertentangan mata,  menurut kajian anak mata akan membesar apabila melihat mereka. Jika anda pernah lihat rancangan kartun, anak mata yang membesar dengan penuh sinar, begitulah mata anda ketika melihat kekasih hati. Jadi apabila didalam hati tidak lagi cinta, anak mata mula mengecil kerana orang dihadapan anda tidak begitu menarik seperti sebelum ini.



4.Tidak teruja.

Anda tidak lagi teruja untuk berjumpa dengan mereka. Walaupun mereka mengatakan rindu untuk berjumpa, tetapi anda seperti endah tak endah, dan tiada perasaan gemuruh seperti pertama kali berjumpa.

5. Suara seperti tidak kedengaran.

Suara untuk pasangan yang bercinta seperti ada alunan suara yang sangat menarik dan manja seperti alunan lagu. Ini adalah kerana untuk menarik perhatian pasangan supaya mendengar segala bicara kita. Suara anda akan menjadi mendatar apabila tawar hati pada pasangan.



6. Penat.

Anda berasa penat apabila bersama dengan si dia. Apabila anda tidak lagi teruja, pasti anda berasa tertekan kerana tidak lagi bahagia, tidak gembira melihat wajah mereka dan seumpana dengannya.

Jika anda mengalami semua tanda-tanda ini, berkemungkinan ia adalah masalah anda sendiri tidak kira dari luaran atau dalaman. Anda mungkin tertekan dengan kehidupan seharian sehingga tidak lagi mampu mencintai pasangan kerana terlalu tertekan. Apabila tiada aura positif didalam diri sendiri, secara automatik ia akan memberi kesan pada perhubungan kalian.

Jadi jangan salahkan pasangan secara total, jika anda sudah mulai rasa bosan. Ketika ini lah komunikasi, kepercayaan dan rasa hormat pada pasangan itu penting.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 630,451 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen