Adakah Anda Jatuh Cinta Pada Orang Yang Tepat? Cuba Jawab Antara Soalan Mudah Ini.

 

Apabila kita telah jatuh cinta pada seseorang, persoalan yang sering berlegar-legar diminda adalah, adakah si dia adalah orang yang tepat anda cintai? Sebagai manusia biasa, persoalan ini pasti menjadi tanda tanya dan berasa ragu-ragu. Secara kasarnya, sudah tentu anda dapat melihat si dia bakal menjadi pasangan hidup anda, tetapi jauh disudut hati anda berasa tidak pasti.

Sebagai seorang muslim, melakukan solat istikharah dan bergantung pada Allah SWT adalah satu kewajipan yang anda akan lakukan. Anda sudah berusaha untuk mencintai si dia, tetapi anda bertawakal sekiranya si dia adalah jodoh anda, pasti akan ke jinjang pelamin juga.



Jadi, jom jawab antara beberapa soalan mudah dibawah supaya perasaan anda tidak lagi dibelenggu oleh andaian yang negatif..

1. Adakah si dia anda rasa seorang yang menarik?

Untuk memilih seseorang, anda perlu pastikan si dia mempunyai penampilan yang membuatkan anda senang berada disisinya. Tidak perlu bergantung daripada pandangan orang lain kerana apabila telah berkahwin, anda juga yang bakal menatap si dia setiap hari daripada pagi hingga ke malam.

Daripada pemakaian si dia, perbuatan, percakapan, gaya hidup, adakah kesemua aspek tersebut dapat menarik perhatian anda? Jika jawapannya Ya, anda pasti amat senang dengan kehadiran si dia.



2. Adakah si dia buat anda ketawa?

Untuk membuat seseorang tertawa memerlukan chemistry antara anda berdua. Jika si dia membuat lucu tetapi anda seperti tidak mengerti apa yang dibuat olehnya, pasti tiada kesan magnet itu. Lain pula hal jika seseorang memang sukar untuk bergelak ketawa dan seorang yang serius, pasti sukar untuk membuat mereka tersenyum.

Jika si dia mampu membuat anda yang serius ini tertawa dan anda amat senang dengan lawak jenakanya, pasti si dia adalah orang yang tepat.



3. Adakah anda rasa dia boleh menjadi ibu atau ayah yang baik untuk anak-anak?

Apabila anda bertemu dengan seseorang dan telah kenal dengan agak lama sehingga mengetahui semua latar belakang si dia, pasti anda akan dapat merasakan atau melihat masa depan bersama si dia. Bagaimana keadaan anda berdua di dalam rumah jika bakal berkahwin? Bagaimana anda berdua menguruskan anak bersama?

Jika anda seperti dapat merasakan si dial ah orang yang tepat untuk menjadi ibu atau bapa pada anak-anak anda kelak, ini adalah tanda si dia adalah orang yang tepat anda cintai.

Tetapi semua perkara ini hanya dapat dirasai dengan hati dan perasaan kita sendiri. Jika tergerak dan terdetik hati ini, pasti ia adalah signal daripada Allah SWT yang anda sudah bersedia untuk berumah tangga.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,011 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen