Doa Jodoh Yang Baik Untuk Si Single - Kongsi Ustazah Norhafizah.

 

Apabila menunggu jodoh yang tidak kunjung tiba ini sememangnya mendebarkan. Bukan itu sahaja, memilih jodoh juga mendebarkan. Hal ini kerana, jodoh ini bukan perkara mainan. Kita akan bersama pasangan kita sepanjang hayat kita.

Menurut Ustazah Norhafizah, dalam bab memilih jodoh ini dia mempunyai kepercayaan dan keyakinan sendiri yang dia sememangnya pegang dengan kuat. Jika inginkan jodoh yang baik, mohonlah dengan Allah SWT dan pinta lah dari sekarang. Boleh amalkan ayat seperti berikut.



“Rabbi Habli Minassolehin”

“Ya Allah kurniakan aku keturunan yang soleh.”

Jika anda mahukan anak-anak yang soleh, maka ibu dan bapanya juga perlu soleh. Barulah lahir anak-anak yang soleh.

Selain itu juga, anda juga boleh mengamalkan ayat seperti ini,

“Ya Allah Ya Tuhan, sebagaimana kawan-kawan aku yang lain, aku juga inginkan jodoh yang baik. Aku yakin dengan Engkau Ya Allah.”

Namun begitu, apabila hadirnya seorang lelaki yang tidak menepati cita rasa anda, hendaklah anda melakukan solat istikharah sebanyak yang mungkin agar mendapat petunjuk darinya. Anda harus ingat bahawa petunjuk itu bukan hanya datang melalui mimpi tetapi ia juga boleh hadir memlalui hati anda. Di mana anda berasa yakin bahawa dia adalah jodoh yang tepat yang telah ditentukan oleh Allah SWT.


Apabila anda merasa ragu-ragu terhadap dirinya kerana dia tidak menepati cita rasa anda, boleh juga anda amalkan doa ini setiap kali anda sembahyang.

“Kenapalah aku ini, tidak jujur dengan Allah. Kata nak minta Allah carikan, kata nak percaya pada Alllah.”

Jangan risau sekiranya anda tidak mempunyai rakan-rakan lelaki, hal ini kerana apabila anda meminta kepada Allah dengan siapa anda mahu dijodohkan. Sudah pasti Allah akan tunaikan.
Cuma ia memerlukan keyakinan dan kepercayaan dalam diri anda sendiri.

Hal-hal mengenai jodoh ini anda harus terus berusaha dan jangan putus asa. Jodoh anda akan hadir dalam hidup anda apabila anda sudah benar-benar bersedia dan tepat pada waktunya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,186 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen