Suami Metroseksual. Bertuahkah anda?

 

Pada zaman millennial, lelaki metroseksual bagaikan sudah membuka mata masyarakat dan diterima oleh orang ramai. Apakah yang dimaksudkan dengan lelaki metroseksual ini? Lelaki metroseksual bermaksud lelaki urban yang lebih mementingkan penjagaan diri. Bukan pada penjagaan diri sepeti mekap yang digunakan oleh kaum wanita, tetapi lelaki ini bijak bergaya dan kenal erti fashion.

Ouh, jangan lupa, lelaki ini juga wangi orangnya.



Jika suami anda adalah seorang metroseksual, adakah anda berasa bertuah?  

Ciri-ciri lelaki metroseksual adalah..

1. Teman membeli-belah.

Seorang lelaki biasa tidak sanggup menemani isteri atau teman wanita mereka shopping terlalu lama didalam Mall terutama Watson atau Guardian, tetapi lelaki ini sanggup menemani anda kemana sahaja. Apabila ingin memilih barang mekap atau penjagaan diri terutama skin care, si dia juga tidak lokek memberi pandangan produk mana yang lebih sesuai dengan anda.

2. Dorongan kearah kebaikan.

Lelaki ini sudah pasti menjaga penjagaan diri termasuk kesihatan 100%. Apabila menjadi pasangan kepada lelaki ini, sudah pasti terdorong untuk menjadi lebih baik terutama dari segi penampilan dan tubuh badan. Lelaki ini juga akan memastikan pasangan mereka sentiasa berada dalam keadaan sihat dan cukup nutirisi didalam badan, supaya tidak mudah jatuh sakit.



3. Tiada lagi bau badan.

Lelaki ini amat mementingkan bau badan mereka. Ini kerana mereka sendiri juga tidak suka dengan bau yang tidak menyenangkan. Jadi sudah pasti mereka akan sentiasa berada dalam keadaan yang wangi. Tetapi jika lelaki ini merokok, sudah tentu mereka akan bertukar kepada vape kerana mempunyai perisa bau yang jauh beza dengan asap rokok.

4. Mampu membaca kiasan wanita.

“Bang, warna mana yang cantiik, merah ke pink?”

Kebiasannya ini adalah antara dialog yang berlaku pada pasangan suami isteri semasa memilih baju. Tetapi lelaki metorseksual ini, anda tidak sempat untuk bertanyakan soalan.

“Sayang, u lawa pakai baju ni, lagi serlahkan keayuanmu” pasti tersenyum sipu wanita dibuatnya.



5. Romantis.

Lelaki metroseksual ini berjiwa sensitif, jadi kadang-kala mereka peka terhadap perasaan wanita. Jika mereka merasakan pasangan mereka tiada mood, pasti mereka bersedia untuk menjadi pendengar yang setia.

6. Rendah egonya.

Apabila lelaki yang romantik berjiwa sensitif, sudah tentu mereka ini mempunyai ego yang rendah dan mampu dikawal. Mereka bijak mengawal ego dan merasakan tidak penting untuk meninggikan ego pada wanita yang mereka sayang. Malah mereka sanggup melakukan apa sahaja supaya kekasih mereka bahagia dan gembira.

Adakah anda memiliki suami dengan ciri-ciri diatas? Pasti anda amat bertuah!



 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 413,595 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen