Ikhtiar Cara Ini Untuk Dapat Anak - Mawar Kongsi Pengalaman.

 

Kepada wanita diluar sana, yang masih belum berkahwin atau pun yang sudah berkahwin tetapi masih belum menimang cahaya mata anda perlu sentiasa check up kesihatan anda di klinik atau di hospital. Terutamanya yang masih belum berkahwin, jangan berasa terlalu selamat dengan badan sendiri dan malas untuk membuat medical check up dan menyatakan….



“Alaahhh, anak kan rezeki daripada Allah, nanti ada la tu”

Atau..

“Alahhh, belum kahwin lagi buat apa nak check up, dah kahwin nanti baru pergi kalau tak dapat anak”

Dalam jangka masa yang lama, anda bakal tidak sedar bahawa pelbagai penyakit sebenarnya telah banyak terkubur dalam badan sendiri.

Jika wajah sendiri rajin menepek mekap untuk tampak putih mulus supaya teman lelaki tertarik, tidak kah ada kesedaran dalam diri untuk memberi zuriat yang sihat pada bakal suami?

KEPADA YANG BELUM BERKAHWIN TETAPI MEMPUNYAI KITARAN HAID YANG TIDAK TERATUR, ANDA BOLEH MELAKUKAN UJIAN CYST.



Menurut Mawar Abdul Karim, isteri kepada Fizo Omar yang telah menimang cahaya mata setelah 3 tahun berkahwin...

“Kita sebagai wanita perlu ambil pilihan dan inisiatif untuk melakukan pemeriksaan sebelum atau selepas perkahwinan agar kita tahu apa masalah kita. Kita perlu berusaha”

“Wanita yang simptom-simptom cyst ini selalunya apabila haid mereka akan mengalami sakit atau period pain. Haid mereka pun tidak teratur. Selalunya orang akan kata kalau haid tidak teratur selepas kahwin haid itu akan kembali normal. Tanggapan itu sebenarnya salah. Lebih baik buat pemeriksaan bagi mengesahkan masalah apa yang berlaku.” Tambah Mawar yang berharap agar wanita tidak rasa murung dan kecewa apabila diri masih tidak hamil lagi. (MW)

Oleh kerana itu, ANDA PERLU RAJIN PERGI KE PAKAR PUAN untuk mengetahui sama ada anda mengalami cyst, fibroid, endometriosis, pcos atau lain-lain lagi penyakit perempuan yang menyebabkan kesukaran untuk hamil.



Selain daripada rawatan modern, anda boleh juga ikhtiar dengan menggunakan rawatan tradisional seperti…

1. Berurut. Suami dan isteri perlu berurut untuk melancarkan peredaran darah dan tidak bertentangan dengan Islam.

2. Pergi ke darul Syifa’. Untuk meminta bantuan daripada orang yang mahir tentang agama yang mungkin kita sendiri tidak tahu masalah dalaman.

3. Refleksologi. Setiap nadi didalam tubuh badan kita bermula daripada kaki, berkemungkinan dengan urutan yang tertumpu hanya pada kaki, bidan itu akan mengetahui masalah yang anda alami.

Seterusnya kita bertawakal pada Allah SWT setelah berusaha pelbagai alternatif untuk hamil.



 

 

 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,516 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen