Amalkan Doa Ini Untuk Mengikat Kasih Antara Suami Dan Isteri.

 

Siapa yang tidak mahu disayang isteri ataupun suami? Pasti ramai diantara kita sedang berlumba-lumba mengejar kasih sayang suami dan juga isteri. Bukan itu sahaja, perhatian dan belaian juga kita mahukan apabila satu hubungan itu sudah sah. Tahukah anda, terdapat doa yang boleh anda lakukan dalam rutin harian untuk mengikat kasih pasangan anda. Mari amalkan.



Bacalah Surah Yusuf ayat 4:

“Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy syamsa Wal Qamara Ra aituhum Lii Sajidin”

Bermaksud:
"Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya," Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku..."


Sambung pula dengan Surah Thaahaa Ayat 39:

"Alayka mahabbatan minnii walitushna’a'laa ‘ainii”

Bermaksud:
"Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu di asuh di bawah pengawasanku."(Qs.thaahaa:39)

Cara-caranya:

Setiap kali bertemu dengan pasangan anda, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, amalkan dan bacalah di hadapannya. Tidak perlu dibaca dengan kuat, cukup sekadar membaca di dalam hati.

Tetapi ingat, jangan gunakan ayat ini untuk tujuan yang tidak baik. Percaya pada ketentuan yang telah ditakdirkan oleh Allah SWT.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 527,978 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen