Dapat 5 Minit Menangis Juga Adalah 'Me Time' Bagi Seorang Ibu.

 

Menjadi seorang wanita yang bergelar Isteri malah seorang ibu pastinya amat sukar untuk ditanggung. Ketika bujang ada sahaja perkara yang mahu diuruskan sendirian, tetapi apabila hati di dalam kedukaan tiada siapa yang bakal tahu, malah tangisan juga dapat disorokkan.



Apabila sudah memiliki pasangan, pasti seorang wanita mahukan seorang suami yang dapat menanggung bebanan bersama-sama, bukannya dibiarkan berseorangan. Tetapi kadang-kala lelaki yang bergelar suami ini seolah-olah tidak faham tentang tangisan seorang wanita.

Adakah mereka sedih? Gembira? Marah? Ya, wanita yang tidak dapat menanggung perasaan amarahnya hanya mampu mengeluarkan tangisan sahaja. Malah apabila terlalu penat, hanyalah tangisan yang menjadi teman baiknya ketika itu. Situasi begini pasti mengelirukan ramai kaum lelaki.

Tidak tahu bagaimana untuk melakukan sekiranya terjadi dengan perkara sebegini…

Jika anda adalah seorang lelaki yang bergelar suami dan bapa pada ramai anak, ketahuilah tangisan juga adalah ‘Me Time’ bagi seorang wanita.



Penat bangun awal subuh pagi untuk menyediakan breakfast…

Penat menguruskan anak-anak mahu ke sekolah…

Penat menyediakan persiapan si suami untuk bekerja…

Penat menyediakan makanan tengah hari…

Penat menyediakan makan malam…

Belum cerita penat mengemas rumah tetapi pada yang sama kerja untuk mencari rezeki…

Suami yang amat memahami perasaan isteri tidak akan membiarkan keadaan rumah sukar dikawal dan secara total hanya meletakkan tanggung jawab pada si isteri sahaja. Tidak akan secara tiba-tiba melenting hanya melihat keadaan rumah, pasti akan menolong si isteri untuk mengemas rumah bersama. Ini disebabkan zaman sekarang majoriti wanita juga bekerja diluar rumah.



Malah lelaki perlu tahu setelah berkahwin TEMAN BAIK SEORANG ISTERI ADALAH SUAMINYA SENDIRI, ini kerana selepas sahaja perkahwinan kehidupan seorang isteri semuanya pada si suami. Pasti mereka tidak dapat lagi untuk bergembira dengan sahabat seperti masa bujang. Jika ingin lakukan sesuatu pasti memerlukan keizinan daripada seorang suami. Masakan tangisan juga memerlukan keizinan daripada seorang suami?

“Bang, izinkan saya menangis dulu”

Mustahil…

Wanita jika hati dan perasaannya tidak dapat dikawal malah terlalu penat, juraian tangisannya pasti tiada siapa yang dapat hentikan. Maka berilah mereka sekurang-kurangnya 5 minit untuk menangis. Jika si suami seorang yang sangat menghormati dan memahami seorang isteri pasti akan memberikan mereka masa. Ketika ini lah komunikasi antara pasangan suami isteri itu penting.

SESUNGGUHNYA WANITA DAN AIR MATA TIDAK BOLEH DIPISAHKAN, DAN TIDAK PERLU DIPISAHKAN.

 

 

 

 

 

 

 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 372,735 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen