Berbual Dengan Suami Sebelum Tidur, Fouziah Gous Pecah Rahsia Rumah Tangga Buat Pasangan Yang Terlalu Sibuk.

 

Kehidupan yang sibuk dalam urusan perniagaan mungkin menyukarkan diri untuk mempunyai masa berkualiti bersama. Namun bagi Fouziah Gous itu tidak menjadi masalah buat dia dan suami.



"Sejak mula berkahwin hingga ke hari ini, setiap hari sebelum tidur saya akan tanya suami apakah perancangannya pada esok hari. Dari situ saya boleh rancang apa yang akan saya buat bersama. Jika suami ada mesyuarat dan urusan lain yang perlu diselesaikan, saya akan fokus dengan kerja saya dan luang masa bersama Zeeshan di rumah atau pejabat....

"Masa berkualiti dengan anak saya tak ada masalah sangat. Dengan suami pula saya akan ikut masa dia. Jika suami ada perbincangan pada malam hari saya akan ke rumah ibu saya. Kerja saya dengan suami dua bidang yang berbeza, jadi biasanya setelah seharian berpenat lelah dengan semua urusan tersebut, malam sebelum tidur saya dan Zhaf akan berkongsi cerita apa yang berlaku pada hari itu....



"Hujung minggulah waktunya untuk kami luangkan masa bersama-sama sebaiknya. Memang kami berdua sama-sama sibuk tapi kami tetap luangkan masa setiap malam untuk bercerita tentang aktiviti masing-masing sebelum tidur. Jadi saya tahu apa aktivitinya sepanjang hari. Bagi saya yang paling penting adalah komunikasi dalam perhubungan..."katanya.

Seimbangkan Pantang Tradisional Dan Cara Moden.

Menjadi kelaziman wanita selepas bersalin untuk berpantang selama tempoh tertentu bagi memulihkan badan setelah mengandung dan bersalin. Fouziah Gaus seperti wanita-wanita lain juga turut mengamalkan pantang untuk wanita bersalin. Moden atau tradisional bukanlah satu persoalan untuknya, yang penting ia dapat membantu mengembalikan kesihatan dan bentuk badan yang asal kepada setiap wanita.



"Saya tetap makan ubat yang doktor bagi dan berpantang di rumah. Bagi saya, pantang moden dan tradisional perlu seimbang. Contohnya 44 hari saya perlu berada di rumah, berurut, bengkung dan sebagainya itu memang saya lakukan....

"Pemakanan dalam pantang juga turut saya amalkan dan tidak makan sewenang-wenangnya. Malah saya suka makanan dalam pantang, ia sihat dan menyelerakan. Tambah lagi bila ibu mentua saya yang memasaknya. Seingat saya ketika berpantang anak yang pertama dahulu, dua minggu pantang saya dah dapat pakai baju saya sebelum mengandung dahulu. Jadi berpantang itu memang perlu diikuti dan ia baik untuk badan kita...."

Namun begitu, menurut Fouziah dia tidak mengamalkan sebarang jamu ketika berpantang. Hanya rutin pantang yang biasa dan juga pengambilan ubat-ubatan mengikut saranan doktor sahaja yang diamalkan.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,396 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen