Kenali Mesej Dari Seorang Playboy, Hati-Hati.

 

Kebanyakan playboy ini tidak akan berusaha dengan keras untuk menyembunyikan siapa diri mereka yang sebenarnya. Mungkin anda masih tidak tahu untuk mengesan mereka. Tetapi kini tidak lagi. Dengan setiap penghantaran mesej dari si dia, itu dapat mengetahui adakah dirinya playboy ataupun tidak. Jom ketahui.




1. Menyatakan bahawa dirinya masih belum berjumpa pasangan yang sesuai.

Mereka menyatakan bahawa dirinya telah berkahwin dengan ramai wanita, namun masih lagi belum ada yang sesuai dengan dirinya. Ramai yang dimaksudkan itu telah menunjukkan bahawa dirinya adalah playboy.

2. Sibuk, sibuk dan sibuk.

Apabila anda menghantar kiriman mesej kepadanya, setiap balasan akan menyatakan diri mereka sibuk. Sedangkan anda tahu pekerjaan dan jadual hariannya tidak sesibuk seperti yang dinyatakan.

3. Tidak suka panggilan mesra.

Anda dan dirinya pasangan kekasih, tetapi dia tidak suka anda memanggilnya dengan panggilan mesra? Sudah membuktikan dirinya takut sekiranya perbuatannya itu kantoi dengan pasangannya yang lain.



4. Mudah menyatakan maaf.

Mereka senang melukakan anda dan melakukan salah, tetapi mereka juga mudah untuk meminta maaf. Hal ini untuk memujuk anda agar tidak bermasam muka dengannya. Bukan itu sahaja, mereka juga malas melayani perangai anda.

5. Masih mahu berseronok.

Apabila anda memintanya untuk serius terhadap hubungan anda, dia malah memberikan alasan. Bukan itu sahaja, dia juga menyatakan masih lagi mahu berseronok akan kehidupan bujangnya.

Jika anda menerima mesej-mesej seperti ini, ia menunjukkan dirinya sememangnya playboy. Jadi untuk apa tunggu lagi, baik anda atur langkah sebelum terluka.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 366,376 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen