Antara Sebab Kenapa Wanita Menjadi Gemuk Setelah Berkahwin.

 

Mengikut kajian terhadap lebih 125,000 orang, mereka yang berkahwin lebih cenderung untuk bertambah berat badan. Mungkin ini disebabkan oleh kebahagian hidup bersama suami isteri.

Di kalangan orang dewasa yang berusia lebih 18 tahun dan ke atas pula, 12 peratus tahap kesihatan mereka berada dalam linkungan baik atau teruk. Tahap kesihatan duda atau janda dikategorikan paling teruk.



Memang pelik, kebanyakan wanita lebih senang menjaga bentuk tubuh ketika bujang, namun sebaliknya selepas berkahwin, cenderung menjadi lebih gemuk. Setuju?

Sudah bermacam-macam produk dicuba dan berusaha membuat pelbagai kaedah untuk menguruskan badan. Sebelum anda bersusah payah mencuba pelbagai cara untuk menguruskan badan, jom ketahui punca utama badan anda mudah menjadi gemuk setelah berkahwin…

1. Bahagia makan bersama suami.

Lelaki walaupun makan banyak tapi pergerakan mereka lebih cepat dan banyak, oleh itu melambatkan mereka naik berat badan berbanding wanita. Selain daripada itu, selepas berkahwin wanita sering gagal berdiet kerana terpaksa menemani suaminya makan. Pasti tidak sampai hati biarkan suami makan berseorangan . Bukan begitu?



2. Persiapan perkahwinan.

Semasa menjelang perkahwinan pasti anda  sibuk dengan segala persiapan untuk majlis yang menyebabkan anda kurang makan, kurang waktu tidur dan sebagainya. Hasilnya, badan menjadi lebih kurus dan langsing berbanding waktu bahagia selepas berkahwin.

3. Waktu di dapur.

Ini memang faktor utama. Apabila sudah berkahwin, kaum wanita banyak menghabiskan masa di dapur dan mencuba resipi baru. Risiko untuk makan lebih banyak pun menjadi tinggi. Jadi, kena kurangkan makan-makan curi ketika memasak ya.



4. Umur semakin meningkat dan metabolisme yang rendah.

Apabila telah berkahwin, pasti anda tidak cukup tidur terutama setelah mempunyai anak. Anda perlu menjaga anak pada waktu yang tidak disangka seperti pukul 2 hingga 5 pagi. Daripada tidur yang tidak menentu akan menyebabkan metabolism anda semakin rendah.

Apabila metabolism semakin rendah, anda makan sedikit pun ia tidak akan menguruskan badan anda. Tetapi apabila anda menjadi tertekan dengan badan yang tidak kurus, pasti anda berputus asa dan merasa amat sedih. Situasi begini pasti mencetuskan anda mahu makan dengan lebih banyak untuk menutup kesedihan tersebut.

Jadi, macam mana nak kurus ni?



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 505,182 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen