Lelaki Perlu Tahu, Ini Antara Sebab Mengapa Wanita Zaman Sekarang Teringin Berkulit Putih.

 

Kepada lelaki yang memiliki isteri atau teman wanita pasti tahu kaum wanita zaman sekarang terkejar-kejar untuk mempunyai kulit putih, gebu dan mulus. Malah pelbagai produk yang mereka akan gunakan semata-mata untuk memutihkan kulit, katanya untuk membuang segala kulit kusam kerana mahu kelihatan berseri.



Jadi apakah yang menyebabkan kaum wanita zaman sekarang mahu berkulit putih, jom ketahuinya…

1. Persepsi mereka yang lelaki suka wanita berkulit putih.

Kaum wanita bagaikan dihantui dengan persepsi begini. Bagi mereka lelaki hanya akan melihat wanita yang berkulit putih, gebu dan mulus sahaja. Oleh kerana itu mereka merasakan dengan kulit yang hitam manis atau sawo matang pasti tidak dapat menarik perhatian lelaki.



Walaubagaimanapun perkara ini terbukti apabila berjalan bersama lelaki, lelaki pasti akan menoleh banyak kali apabila terlihat wanita berkulit putih. Memang kebanyakan daripada lelaki inginkan pasangan yang berkulit cerah, kerana bagi mereka wanita sebegini cantik.

2. Tiada masalah jika tidak memakai mekap.

Sebenarnya wanita yang terlalu takut untuk keluar tidak memakai mekap adalah golongan yang mempunyai kulit muka yang sangat kusam, bukannya kulit yang terlalu gelap. Mereka hanya mahu menutup kesan-kesan jerawat dan dark circle disekeliling mata.



Bagi mereka, keluar berjalan dengan kulit yang kusam adalah mengerikan. Jika wanita yang mempunyai kulit gelap tetapi muka flawless tiada kesan jerawat dan sihat. Sudah tentu mereka berasa amat yakin untuk keluar.

3. Senang nak pakai mekap.

Berkulit putih mudah untuk memakai warna apa sahaja untuk eyeshadow dan gincu. Pakai la gincu warna gelap ke terang ke, warna nude ke memang tiada ada masalah. Kalau kulit gelap pakai gincu merah terang nampak pelik pulak bukan?



4. Yakin dalam memakai baju atau tudung dengan pelbagai warna.

Mempunyai kulit cerah boleh mempergayakan apa sahaja warna pakaian dan tudung. Bagi mereka yang sukakan pada fashion sudah tentu ingin menggayakan semua warna, jadi berkulit putih pasti tiada masalah. Jika kulit gelap, pakai tudung warna 'merah mak ngah', confirm kena kutuk dengan kawan-kawan.

5. Persepsi untuk mendapat anak putih.

Kebanyakan daripada kita pasti akan menyatakan hasrat untuk memiliki anak berkulit putih. Tidak menjadi hairan jika ada juga produk keluaran untuk bayi berkulit putih? Masalah orang kita yang terlalu mengejarkan kulit putih sehingga mahu putihkan anak sendiri , kerana terlalu takut jika anak berkulit gelap akan disisih dan dipinggir oleh kawan-kawan kelak.



 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,832 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen