5 Tanda Awal Wanita Mula Suka Pada Seorang Lelaki.

 

Apabila wanita mula menyukai seorang lelaki dalam diam, pasti banyak perkara yang akan dilakukan. Tetapi semua perbuatan ini pasti akan terlihat dengan jelas kerana wanita tidak mudah menyembunyikan perasaannya apabila menyukai seseorang. Sifatnya yang teruja akan terpancar pada wajahnya kerana tidak mampu menyorok perasaan tersebut.

Jom ketahui tanda-tanda tersebut....

1. Sering menghubungi lelaki tersebut.

Wanita akan mula menelefon atau whatsapp lelaki tersebut, tidak kira masa, waktu dan tempat. Ini kerana apabila seorang wanita sudah mula menyukai seseorang pasti mereka mahu lelaki tersebut sedar akan  kehadiran mereka.



2. Sentiasa ingat apa yang diperkatakan oleh lelaki tersebut.

Wanita muda yang mula terbit perasaan cinta dalam dirinya, dalam keadaan yang tidak sedar akan mengingati segala butir perkataan yang disebut oleh lelaki tersebut. Daya ingatannya menjadi lebih kuat berbanding sebelum, kerana terlalu memikirkan tentang lelaki itu. Kedengaran agak menakutkan.

3. Sentiasa ada alasan untuk berjumpa.

Wanita ini sanggup membuat apa sahaja semata-mata ingin berjumpa dengan lelaki tersebut. Dan mereka akan mencuri masa untukmendekati lelaki itu dan menjadi lebih akrab. Tetapi apabila orang luar bertanya, pasti jawapannya hanya best friend sahaja. Dalam hati hanya si dia yang tahu.



4. Ingin menatap wajah lelaki itu selalu.

Wanita ini pasti sudah angau kerana ingin sentiasa menatap wajah lelaki tersebut. Apabila berjumpa wajah lelaki itu ditatap sepuas hatinya dan tiada yang lain. Malah wanita ini sering duduk berhadapan dengan lelaki tersebut, bukan bersebelahan.

5. Stalk sosial media lelaki tersebut.

Dimana-mana sahaja pasti muncul wanita ini. Malah dia lah orang yang pertama like atau komen pada status atau gambar yang akan dimuatnaik. Pasti wanita ini akan memberi perhatian yang lebih pada sosia media lelaki tersebut jika tidak dapat berjumpa.



6. Tidak malu perkenalkan pada sahabat dan keluarga.

Dan yang paling penting wanita ini tidak segan silu untuk memperkenalkan lelaki tersebut pada sahabat baiknya malah pada ahli keluarga. Ini menandakan wanita telah menganggap lelaki itu lebih daripada kawan.

Jika rakan atau sahabat perempuan anda mempunyai tanda-tanda ini, jangan lah mempermainkan hati mereka okay.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,253 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen