Tips Cinta: Wanita Perlu Tahu, Lelaki Sangat Berbeza Dengan Anda.

 

Pasti anda merasakan kenapa si dia yang anda kenal tidak boleh berkelakuan sama seperti anda? Jika anda sebagai wanita mampu peka pada keadaan sekeliling, mampu tahu jika seseorang itu sedang marah atau berubah mood, anda mahukan perasaan ini juga ada pada lelaki.

Tetapi ketahuii lah wanita, lelaki tidak mempunyai perasaan sixth sense ini. Jom ketahui antara perbezaan lelaki dan wanita, supaya anda lebih mengenali mereka…



Lelaki: Mempunyai ego tersendiri yang menyebabkan sukar menerima pertolongan dan pandangan orang lain terutama sekali pasangannya.

Wanita: Mudah menerima dan terpengaruh dengan pandangan orang lain lebih terutama orang yang dicintai.

Lelaki: Sekiranya mengalah, menunjukkan tanda tidak bermaruah atau berprinsip.

Wanita: Mengalah tanda sayang dan pengorbanan yang tidak berbelah bagi.

Lelaki: Menilai kejayaan dan diri berdasarkan hasil atau prestasi yang berlaku didepan mata.

Wanita: Seringkali menilai diri berdasarkan perasaan dan kualiti hubungan sesama manusia terutamanya orang yang disayangi.



Lelaki: Suka menyendiri dan menjauhkan diri apabila berada dalam keadaan tertekan.

Wanita: Suka bercerita kepada orang lain tentang masalah yang sedang dihadapi.

Lelaki: Mempunyai emosi seperti getah iaitu sesuatu perasaan itu hanya sekejap sahaja.

Wanita: Mempunyai emosi seperti ombak iaitu suatu perasaan yang lambat reda.

Lelaki: Suka memberi arahan bersifat ketua yang mempunyai kuasa.

Wanita: Suka berleter mengenai sesuatu perkara sehingga puas hati.

Lelaki: Mempunyai fikiran yang bersifat makro iaitu melihat secara keseluruhan.

Wanita: Mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci.



Lelaki: Hanya fokus satu perkara pada satu masa.

Wanita: Fokus banyak perkara pada satu masa.

Lelaki: Suka menyendiri dan berdiam diri apabila imej tergugat.

Wanita: Mudah marah, cemburu atau merajuk apabila imej tergugat.

Lelaki: Bila berkomunikasi kurang teliti mendengar tapi cepat memberi pendapat.

Wanita: Mendengar dengan teliti sebelum membuat sesuatu keputusan.

Lelaki: Lebih banyak menumpukan kepada aspek fizikal dan kebendaan.

Wanita: Lebih menumpukan aspek perasaan dan kemanusiaan.



Lelaki: Akan melawan dan menjauhkan diri dan membisu seribu bahasa apabila berlaku pertengkaran.

Wanita: Biasanya mengalah dan berpura-pura setuju dengan pasangannya.

Lelaki: Tidak suka bercakap tentang pasangannya.

Wanita: Suka bercerita tentang pasangannya dan menghormatinya.

Lelaki: Agak keberatan meminta maaf.

Wanita: Lebih mudah meminta maaf.



Lelaki: Dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran.

Wanita: Risau apabila menghadapi kesukaran.

Lelaki: Suka MEMBUAT keputusan.

Wanita: Suka MENGIKUT keputusan.

Lelaki: Lebih selesa berjauhan dengan keluarga.

Wanita: Lebih selamat bersama keluarga.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 313,767 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen