Perwatakan Lelaki Yang Sering Kali Disalah Ertikan Oleh Wanita.

 

Ketika anda sedang berkenalan dengan seorang lelaki, pelbagai perwatakan si dia yang membuat diri anda akan tertarik akan dirinya. Namun begitu, anda tidak pasti sama anda lelaki terbabit mempunyai perasaan yang sama dengan anda. Bagaimana sekiranya hanya anda sahaja yang menyukai dirinya. Bukan itu sahaja, perwatakan yang selama ini anda sukai itu hanya kerana dia senang berkawan dengan anda. Berikut adalah kelakuan yang mungkin anda kerap salahertikan.



1. Pendengar keluhan yang baik.

Mungkin anda beranggap dia seorang yang tidak mudah bosan dengan anda. Bukan hanya itu sahaja, anda juga menganggapnya sebagai pendengar yang terbaik. Sedangkan dirinya sudah bosan dengan anda dan hanya membiarkan anda bercakap seorang diri. Ingat! Lelaki ini mudah bosan.

2. Menyatakan anda dan dia banyak persamaan.

Apabila si dia menyatakan persamaan antara kalian, itu tidak bermakna dia ini menyukai anda. Boleh jadi dia hanya merasa selesa berkawan dengan anda. Dan keselesaan itu menyebabkan dirinya mahu anda menjadi salah seorang rakan karibnya.

3. Dia ingin miliki pasangan seperti anda.

Akan ada satu hari nanti dia akan menyatakan bahawa dia ingin memiliki pasangan yang sama seperti anda. Tetapi anda jangan salah faham dulu. Mungkin dia hanya menyatakan keselesaan ketika bersama anda, namun dia mahukan orang lain sebagai pasangannya.


4. Bergurau senda.

Sudah menjadi kebiasaan lelaki yang mereka ini akan bergurau dengan sesiapa sahaja yang rapat dengannya. Jadi apabila anda menjadi sebagai salah seorang rakannya, itu yang menyebabkan mereka selesa untuk bergurau dengan anda.

5. Kerap menghubungi anda.

Si dia kerap menghubungi anda tidak kiralah siang ataupun malam? itu masih lagi belum menunjukkan bahawa dia menyukai anda. Boleh jadi anda hanya tempatnya menghilangkan kebosanan dan kesunyian. Mana tahu kan.

Jangan cepat sangat membuat kesimpulan apabila si dia memberi layanan yang baik kepada anda. Boleh jadi juga, dia sememangnya memberi layanan yang baik kepada semua kenalannya. Jadi biarkan si dia bertindak dahulu jika dia sukakan anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,965 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen