4 Sebab Ego Yang Berlebihan Hanya Akan Membawa Keburukan Kepada Anda.

 

Setiap orang mempunyai ego mereka yang tersendiri. Namun setiap ego itu perlu bergantung bagaimana seseorang itu mengawal perasaan ego mereka. Ada yang mampu mengawal ego mereka dengan baik, tetapi ada pula yang tidak mampu. Apabila seseorang itu tidak mampu mengawal ego mereka, ia akan memberikan kesan yang buruk pada diri sendiri mahupun pada hubungan mereka. Berikut adalah keburukan ego yang berlebihan pada seseorang itu.



1. Anda kehilangan orang yang menyayangi anda.

Apabila anda mula mementingkan ego anda, anda akan mula kehilangan orang disekeliling anda. Terutama mereka yang menyayangi anda. Hal ini kerana, mereka yang menyayangi anda mula menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mula melukakan hati mereka.

2. Anda Kehilangan orang yang anda cintai.

Anda lebih memilih ego anda dan hanya kerana ego juga anda lebih rela kehilangan mereka yang anda cintai. Bagi anda akan ada orang yang akan menerima dan sanggup tahan dengan ego anda. Namun tidak mustahil sebaliknya pula yang berlaku.

3. Membuat anda sukar melihat kebenaran.

Orang yang memiliki ego yang tinggi ini biasanya sukar untuk menerima kebenaran. Hal ini kerana, mereka sentiasa beranggapan bahawa diri mereka selalu betul. Dan mereka juga akan memaksa orang lain menerima pendapat mereka.


4. Menyakiti orang sekeliling.

Anda mudah untuk menyakiti orang lain secara sengaja dan tidak sengaja. Hal ini kerana, segala kata-kata dan tingkah laku anda yang ingin menunjukkan bahawa anda sebenarnya yang benar dalam satu-satu perkara itu yang menyebabkan mereka disekeliling anda terluka.

Jika anda mempunyai perasaan ego yang sukar dikawal, cuba untuk mengawalnya. Hal ini kerana ego yang berlebihan ini hanya mendatangkan lebih banyak keburukan kepada anda dari kebaikan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,877 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen