Antara Sikap Utama Yang Membuatkan Wanita Hanya Cantik Diluaran Tetapi Tidak Pada Dalaman.

 

Setiap makhluk wanita sudah tentu memiliki kecantikannya yang tersendiri. Dan secara lahiriah sudah tentu mempunyai keadaan sempurna jasmaninya. Jadi jangan terlalu berpuas hati sebelum menilai kelemahan yang tersembunyi dari pandangan orang lain.



Jika anda memiliki sifat-sifat berikut ini, anda perlu lebih berhati-hati kerana setiap lelaki yang mengenali mungkin akan lari meninggalkan anda.

1. Jahil.

Apabila dunia semakin maju, sudah tentu informasi akan tersebar dengan pesat dan cepat. Jadi wanita zaman sekarang sudah tentu jauh beza dengan wanita pada zaman dahulu, TETAPI kefahaman agama mestilah dipegang dengan lebih kuat sekiranya zaman lebih moden. Ini kerana dunia yang semakin mencabar.

Jika jahilnya wanita itu tentang ilmu dunia dan akhirat, sudah tentu terlihatnya kelemahan seorang wanita pada dalamannya. Hanya ilmu yang boleh mengangkat status seseorang dan merubah sejarah hidup manusia. Ilmu dunia jika tidak diiringi dengan ilmu akhirat pasti akan pincang.



Oleh kerana itu setiap bidang yang anda ceburi tidak kira sama ada dalam bidang perubatan, ekonomi, sosiologi, antropologi, politik, sains dan lain-lain AKAN TERSESAT tanpa bimbingan ilmu agama yang sahih.

Inikan pula wanita yang tidak tahu apa-apa selain kosmetik dan butik, jadi hendak ke mana dibawa anak-anak yang bakal lahir nanti?

2. Kasar lidah.

Terlalu ramai, terlalu sesak disosial media dengan kata-kata carutan, makian dan lucah terutamanya daripada wanita. Anda boleh dipanggil dengan gelaran HODOH suatu hari nanti jika tidak pandai menjaga diri.

Menjaga diri bukan bermaksud hanya menjaga ikhtilat dan tidak berpegangan tangan dengan teman lelaki, tidak bersentuhan, tetapi perkara yang paling mustahak juga adalah dengan menjaga pergaulan dan kata-kata.



Kata-kata yang terlalu tajam menusuk hati orang yang mendengar, menyebabkan siapapun enggan bersahabat dengannya. Mengumpat, memfitnah dan mencaci telah sebati dalam dirinya. Al-Qur’an telah memberi amaran seksa bagi orang yang mengumpat saudaranya yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka (kecurigaan), kerana sebahagian dari prasangka itu adalah dosa dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang…” (Al-Hujurat: 12)

Sesungguhnya jahil dan kasar lidah adalah sehina-hina perangai yang dibenci makhluk apatah lagi Allah SWT yang Maha Suci. Kecantikan perlu diusahakan dan dicari, maka berhiaslah dan berubatlah untuk kecantikan zahir dan batin.

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,256 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen