Buta Hati Antara Menjadi Punca Ramai Sukar Mendapat Jodoh. Jom Baca.

 

Bagi wanita, memiliki rupa paras yang menawan seperti putih, mulus dan gebu sudah cukup untuk menarik perhatian lelaki pada zaman sekarang. Bagi mereka yang sering terkejar-kejar untuk memiliki kulit yang putih sudah pasti telah mencuba segala perubatan yang boleh dikatakan tidak bertauliah.

Lelaki pula terkejar-kejar untuk membina badan supaya menjadi sado, tidak kurang juga sanggup mengambil protein atau nutrisi sehingga overdose yang menyebabkan memerlukan rawatan di hospital. Fikiran yang tidak matang akan kesan negatif terhadap produk yang dipakai menyebabkan ramai antara mereka menyesal dikemudian hari.



JADI APAKAH YANG MENYEBABKAN HATI SAKIT?

1. Tidak mengenal Allah dan Rasul dengan sebenarnya.

Golongan anak muda zaman sekarang hidup tidak berlandaskan Al-Qur’an dan hadis. Bagi mereka kurang menarik untuk mempelajari dua bahan tersebut untuk zaman sekarang. Padahal dengan mempelajari Al-Qur’an dan hadis, malah dikaji, diamal dan diperjuangkan akan membuatkan anak muda lebih mengenal Allah SWT dan Rasul.

Zaman sekarang mereka hanya pergi ke pusat rawatan kecantikan atau salun untuk menghabiskan masa mereka, tetapi tiada masa untuk belajar agama dan asyik memberi alasan sibuk?

Hati yang tidak disentuh ayat-ayat Allah dan ilmu-Nya, semakin lama akan menjadi semakin kotor, sakit dan tenat kerana tabiat hati diciptakan Allah SWT memerlukan makanan. Makanan hati adalah Al-Qur’an dan sunnah Rasulullah SAW.



2. Terlalu berlebihan dalam perkara mubah.

Terlalu banyak hiburan seperti melayari aplikasi di telefon bimbit, dan kemudian makan berlebihan, tidur berlebihan sehingga mengalahkan kewajipan solat. Tidak tahu mana prioriti dalam kehidupan. Hal ini boleh merosakkan hati.

Islam tidak melarang manusia bersenang-senang, tetapi hidup ini mesti seimbang antara dunia dan akhirat. Jika setiap hari keletihan akibat mengikut segala kemahuan hawa nafsu sehingga tidak larat untuk beribadah, tentu keadaan sebegini akan menyebabkan seseorang menjadi lalai.

Jika sudah lalai, hati menjadi keras dan kotor, tidak mampu membezakan yang baik dan buruk dalam perbuatannya.



3. Menjadikan syaitan sebagai teman akrab.

Apabila syaitan mula bertakhta dihati ketika lidah kurang dibasahi dengan ayat-ayat Al-Qur’an, sudah pasti syaitan akan meniupkan angin dengki, prasangka buruk, dendam amarah, riak dan sombong. Jangan biarkan syaitan masuk ke pintu hati kita dan menebarkan racun-racunnya. Berlindunglah kepada Allah SWT daripada gangguannya.

Hati yang sakit melahirkan perangai yang gila, menyusahkan diri dan orang lain. Hati-hati!



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,365 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen