Antara Sebab Mengapa Wanita Lebih Memilih Lelaki Yang Baik Berbanding Kacak Dan Sado.

 

Apabila seorang lelaki memiliki wajah yang tampan, pasti ia membuatkan mereka mudah disukai dan digilai lebih ramai golongan wanita. Tidak kira muda atau yang lebih tua. Selain daripada itu, lelaki yang memiliki rupa paras yang elok ini mempunyai peluang atau masa depan yang cerah dari segi pekerjaan. Malah mempunyai ramai kenalan.

Namun menurut kajian, baru-baru ini wanita lebih memilih lelaki yang memiliki budi pekerti yang baik berbanding wajah yang tampan bergaya. Jika wanita melihat lelaki yang tampan ini, mereka akan merasa ragu-ragu untuk membina hubungan untuk jangka masa yang panjang. Bagi mereka lelaki jenis ini lebih sesuai dijadikan kawan biasa kerana takut terluka.



Antara sebab LELAKI KACAK BUKAN PILIHAN wanita zaman sekarang kerana lelaki ini TERLALU RAMAI PEMINAT PEREMPUAN TERMASUK LELAKI? Jadi, apabila dalam percintaan termasuk perkahwinan sudah tentu wanita tidak mahu bersaing atau bermadu.

JADI APAKAH SEBAB UTAMA WANITA LEBIH MEMILIH LELAKI YANG BAIK BUDI PEKERTI PADA ZAMAN SEKARANG;

1. Lelaki yang baik lebih gemar dan mudah membantu orang lain dan ia dipandang sebagai menawan di mata wanita, manakala lelaki kacak agak kekok untuk menolong orang dan dipaksa suruh jika mahu ditolong.



2. Lelaki yang baik juga tidak memiliki ego yang tinggi menggunung seperti lelaki kacak kerana mahu menjaga penampilan diri mereka semata-mata untuk menarik perhatian wanita.

3. Lelaki yang baik tidak semuanya gemar aktif dimana-mana sosial media, mereka hanya bersederhana malah lebih menumpu kehidupan alam reality dan tidak melebih-lebih dalam alam maya ini. Oleh kerana itu, wanita sukar untuk mencari lelaki yang baik.

4. Lelaki yang baik lebih bersifat sukarelawan seperti point nombor satu. Jadi punca utama mereka jarang aktif di sosial media kerana sibuk membantu masyarakat sekeliling, lebih memikirkan hal orang lain daripada dirinya sendiri, jadi jika lelaki ini memiliki kekasih sudah tentu dia sangat menghargai kekasihnya yang berada didepan mata.



Lelaki yang baik ini jarang ditemui kerana mereka hanya memiliki rupa paras yang biasa dan tidak terlalu menonjol. Dan hanya kerana mereka hidup sebagai seorang bujang dan tiada teman sudah tentu mereka tidak bergaya dan tidak mementingkan fashion.

Tetapi apabila sudah mempunyai pasangan yang mampu menjaga dirinya, pasti penampilan dirinya berubah 360 darjah.

Oleh itu tidak salah untuk menjadi lelaki yang kacak dan sado, tetapi pastikan diri anda pelajari untuk ringan tulang, jika tidak mampu menolong masyarakat, tolong ibu di dapur pun sudah cukup. Tolong ahli keluarga dan adik-beradik dahulu, pasti mudah untuk menolong isteri kelak.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,546 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen