7 Situasi Teman Lelaki Anda Sebenarnya Sedang Menguji Kesetiaan Anda. Adakah Anda Gagal Atau Lulus?

 

Bukan hanya wanita sahaja yang mahu menguji kesetiaan seorang lelaki, dan kadang-kala mahu berteka-teki dengan pasangan. Malah lelaki juga tidak lari untuk menguji kesetiaan dan keikhlasan hati kekasih mereka.



Tetapi mereka lakukan ujian ini sudah tentu tidak terlalu jelas seperti yang sering dilakukan oleh wanita. Ini kerana lelaki sering berfikir dengan rasional sebelum bertindak. Jom lihat antara situasi dimana lelaki sebenarnya sedang menguji teman wanita mereka….

Situasi 1: Ketika memberi hadiah yang murah.

Mereka akan menguji teman wanita mereka dengan cara begini kerana mahu lihat sejauh mana tahap materialistiknya.

GAGAL sekiranya bertanya tentang harga, jenama, dan tempat membeli barang tersebut.

LULUS sekiranya gembira dengan pemberian tersebut dan terus mahu mengguna atau memakainya.



Situasi 2: Mengajak makan dikedai mamak.

GAGAL sekiranya menolak ajakan tersebut dan berasa marah serta merajuk.

LULUS sekiranya tidak keberatan untuk menunaikan permintaannya dan menikmati hidangan dengan penuh selera.

Situasi 3: Memperkenalkan atau terserempak dengan bekas kekasih.

GAGAL sekiranya teman wanita mempamerkan wajah yang muram dan mula bertanya tentang hal peribadi antara teman lelakinya dengan bekas kekasih tersebut.

LULUS sekiranya anda mampu tersenyum dan buat tidak tahu sahaja tentang hal mereka pada kisah silam.



Situasi 4: Telefon wanita lain dihadapan anda.

GAGAL sekiranya anda tiba-tiba menerjah dan merampas telefon bimbit teman lelaki anda.

LULUS sekiranya anda bertenang dan bertanyakan tentang wanita tersebut selepas dihubungi.

Situasi 5: Ketika bertanyakan tentang bekas kekasih anda.

GAGAL sekiranya anda menjawab “Oh, dia semakin sihat, kami baru saja berjumpa pada minggu lepas”

LULUS sekiranya “Tak perlu saya nak ambil tahu pasal dia lagi, sedangkan hati saya telah dimiliki”



Situasi 6: Ketika teman lelaki pergi melancong.

GAGAL sekiranya anda tidak pernah lansgung menghubungi mereka dan bertanya khabar.

LULUS sekiranya anda masih boleh menghubungi mereka walaupun hanya mengirimkan mesej.

Situasi 7: Meminta rakan untuk menggoda anda dengan mengajak keluar makan bersama.

GAGAL sekiranya anda menerima pelawaan kawan teman lelaki tersebut.

LULUS sekiranya anda bertanyakan pada dia “Ajak lah dia (teman lelaki) sekali, takkan kita berdua je kot?”

 

Adakah anda gagal atau lulus? Selamat Mencuba!

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,378 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen