Tips Wanita: Mengatasi Keinginan Berbelanja Secara Berlebihan Agar Tidak Pokai Pada Hujung Bulan.

 

Keinginan wanita kadang kala sukar dikawal, terutama dalam membeli belah. Sebab itu mereka ini lebih mudah untuk menjadi sasaran peniaga berbanding lelaki. Mereka ini mempunyai keinginan untuk berbelanja lebih tinggi daripada lelaki. Daripada membeli dalam talian hingga ke pusat membeli belah, duit mereka akan digunakan untuk memuaskan hati mereka. Jadi mari belajar untuk mengatasi keinginan berbelanja secara berlebihan.



1. Utamakan keperluan dahulu berbanding kehendak.

Jika hendak diikutkan kehendak ia banyak kemahuan yang prlu dituruti. Maka dengan itu, apabila dapat sahaja gaji anda perlu utamakan keperluan anda dahulu. Yang selebihnya barulah anda boleh gunakan untuk penuhi kehendak anda pula. Tetapi anda juga harus ingat untuk mengasingkan wang yang perlu digunakan untuk harian anda.

2. Pastikan kehendak mana yang anda hendak beli.

Anda mula listkan beberapa perkara yang anda mahu. Tetapi anda tidak boleh membelinya pada bulan ini. Sebaliknya beli dua atau satu baru pada bulan ini dan selebihnya pada bulan hadapan pula, anda beli yang lain pula. Jadi tidak lah habis duit anda pada bulan itu.

3. Letakkan anggaran wang yang perlu digunakan.

Had kan perbelanjaan anda melalui anggaran dan kiraan yang betul. Pastikan anda hanya menggunakan wang anggaran ada sahaja untuk membeli belah dengan seronok. Jika anda terlebih menggunakannya maka anda perlu mendenda diri anda denga tidak berbelanja pada bulan seterusnya.


4. Kira berapa banyak yang anda habis pada bulan tersebut.

Jangan lupa untuk mengira kesemua wang yang telah anda gunakan. Hal ini dapat membantu anda mengurangkan penggunaan wang pada masa akan datang. Jika tidak lakukan seperti ini, anda tidak tahu berapa banyak wang anda yang telah habis.

Lakukan empat perkara ini untuk mengawal perbelanjaan anda. Pada mulanya anda mungkin akan mengalami kesukaran tetapi anda akan berjaya menguruskan wang anda dengan baik pada akhirnya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,709 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen