Wahai Lelaki, Elakkan ‘Teman Tapi Mesra’ Dengan 5 Jenis Wanita Ini, Jika Tidak Mahu Dikecewakan.

 

Bagi wanita menjadi seorang lelaki adalah mudah kerana mempunyai keberanian untuk mengorat ramai wanita. Malah lelaki juga berani untuk menjadi sweet talker berbanding wanita kerana tiada perasaan malu atau segan pada diri mereka.

Semudah-mudah perkara tersebut, wanita tidak tahu bahawa golongan lelaki yang terlalu ramah dan berani ini kadang-kala tersalah langkah untuk tackle kaum wanita. Ini kerana mereka merasakan begitu mudah untuk mengambil hati wanita tetapi tidak tahu ada sebahagian daripada wanita sebenarnya lebih berani yang si lelaki ini tidak sangkakan. Malah ada yang lebih teruk.



Dan secara tiba-tiba ramai lelaki menyalahkan kaum wanita mungkin kerana terperangkap dengan wanita jenis ini…

1. Liar.

Keseronokan adalah kunci bagi wanita sebegini. Maka lelaki yang cuba untuk menjadi teman tapi mesra pada wanita ini sudah pasti terperangkap di dalam keseronokannya, kerana wanita ini bijak mencuba sesuatu yang baru diluar jangkaan sehingga tersadung di dalam masalah besar yang melibatkan si lelaki.

2. Bom jangka.

Lelaki yang terperangkap dengan wanita jenis ini bagaikan memijak bom jangka. Emosi yang sentiasa berubah dan amarah yang tidak dapat dijangka pasti membuat lelaki menyesal mengenali wanita ini kerana sukar untuk dikawal.



3. Si Gula-gula.

Wanita ini masih tidak matang dan akan cuba menggunakan kecomelan dan kecantikan dirinya untuk menguasai lelaki. Mereka bagaikan perlu dibimbing, tetapi akhirnya si lelaki akan dikongkong kemana sahaja mereka pergi.

4. Si Bintang.

Siapakah si bintang ini? Wanita yang ketagihan dengan populariti. Jika si lelaki itu kacak, bergaya dan berharta, pasti terperangkap dengan jeratannya. Sebagai contoh untuk memasarkan produk kecantikan, pasti si wanita ini menggunakan muka kacak si lelaki itu dan duit yang banyak untuk melabur.



5. Si patah hati.

Hati-hati dengan wanita jenis ini, kerana mereka mencari pengganti sejurus kehilangan teman lelakinya sendiri. Jadi, dia mencari mangsa seterusnya untuk melepaskan rasa kesunyian dan apa yang lebih memeranjatkan, si dia boleh menjadi psiko apabila anda cuba untuk memutuskan hubungan dengannya.

Jadi, berhati-hati sementara anda baru hendak mengenali dunia luar seperti mencari pekerjaan baru atau belajar di luar daerah. Libatkan diri anda sendiri dengan golongan-golongan yang berakhlak baik jika anda sendiri mahukan bakal isteri yang solehah.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 627,543 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen