Anda Rasa Pasangan Anda Tidak Jujur? Mari Ketahui Taktik Penipuan Si Dia.

 

Apabila ditipu dalam hubungan ia akan menyebabkan anda akan hilang kepercayaan terhadap pasangan anda. Bukan itu sahaja, anda juga sudah tidak ada keyakinan terhadap hubungan anda. Anda juga pasti tidak mahu si dia menipu anda. Oleh itu, sebelum diri anda ditipu dengan lebih lama oleh si dia, mari ketahui beberapa taktik yang digunakan.



1. Mereka akan bersedia dengan segala jawapan yang ada.

Apabila mereka mula menipu anda, mereka akan mula menyediakan segala jawapan untuk persoalan anda. Mereka akan memberi segala persoalan anda itu dengan jawapan yang munasabah. Jika anda merasakan jawapan dia seperti tidak kena, cuba untuk mengajukan satu soalan yang sukar untuknya mendapatkan jawapan.

2. Pergerakan mata.

Seseorang yang menipu ini biasanya agak takut untuk bertentangan mata dengan pasangannya. Mereka ini akan mengalihkan mata apabila mereka mula menipu anda. Bukan itu sahaja, melalui mata juga, mereka menunjukkan mereka tidak merasa selesa dengan persoalan anda.

3. Menggunakan perkataan yang selamat.

Mereka juga menggunakan Bahasa kabur yang akan membiarkan persoalan anda tergantung. Bukan itu sahaja, dia juga akan menggunakan kata-kata seperti tidak, tidak tahu, atau mungkin untuk menyelamatkan diri mereka.


4. Cuba untuk mengelak.

Apabila anda merasa keraguan terhadap pasangan anda, cuba anda bincangkan perkara ini. Mereka ini biasanya akan cuba untuk tidak menumpukan perhatian terhadap prbincangan itu. Bukan hanya itu sahaja, mereka juga akan mengalihkan perhatian dan perbincangan anda kepada satu isu yang lain.

Ia mungkin kelihatan agak mudah bagi anda, tetapi apabila anda berdepan seseorang yang biasa menipu, agak sukar untuk mengesan tindakan mereka.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 488,300 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen