Cinta Sering Kali Ditolak? Bagaimana Untuk Menghadapinya?

 

Setiap orang pernah rasa perasaannya ditolak oleh seseorang yang disukai. Ia seolah-olah hanya tepuk sebelah tangan, yang tiada balasan dari pihak si dia. Saat cinta itu tidak berbalas, ia bagaikan satu perkara yang menyakitkan. Ada diantara kita sukar untuk bangkit semula selepas merasai kekecewaan. Apabila anda berhadapan dengan perkara seperti ini, boleh sahaja anda meminta bantuan daripada orang disekeliling anda. Mari ketahui bagaimana untuk hadapinya.



1. Cuba untuk kawal emosi.

Sudah pasti anda akan berasa sedih, tetapi anda harus kawal emosi anda dengan baik. Jangan terlalu mudah untuk menyerah kalah dengan emosi anda. Anggap sahaja anda akan berjumpa dengan pasangan yang lebih baik darinya. Jangan bersedih berpanjangan, kerana ia akan memakan diri anda.

2. Berhenti mengejar dirinya.

Jangan pernah memaksa seseorang untuk menyukai diri kita. Hal ini kerana, perasaan sayang dan cinta itu tidak akan hadir dalam keadaan yang terpaksa. Maka dengan itu, berhenti mengejar dirinya dan mula lah untuk jual mahal sedikit. Agar dirinya tahu bahawa anda lebih kuat dari yang disangka.

3. Jangan anggap anda sebagai mangsa.

Tidak ada siapa yang menjadi mangsa apabila dirinya menolak cinta anda. Dia bukan menganiaya anda, tetapi hanya tidak mempunyai perasaan yang sama seperti anda. Dirinya tidak melukakan anda tetapi anda yang terlebih langkah terhadapnya.


4. Cuba untuk belas kasihan terhadap diri sendiri.

Tidak akan anda siapa yang akan rasa kasihan terhadap anda melainkan diri anda sendiri. Maka dengan itu cuba untuk tidak menyakiti hati anda dengan lebih lama. Akhirkan perasaan kecewa dengan secepat mungkin dan mulakan satu permulaan yang baru.

5. Mencari seseorang yang mengembirakan anda.

Cuba untuk mencari pengganti dirinya. Tetapi jangan pula anda menaruh hati kepada si pengganti yang baru. Mulakan sebagai langkah untuk berkawan sahaja, jangan ambil langkah yang terlalu besar, kerana ia hanya akan melukakan anda.

Jangan pernah berputus asa apabila cinta anda ditolak. Mungkin si dia itu bukan seseorang yang sesuai untuk anda. Anda pasti akan dapat yang lebih baik dari dirinya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,284 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen