9 Tanda Anda Adalah Kekasih Clingy Dalam Perhubungan. Pasangan Anda Pula Jenis Bagaimana?

 

Secara realitinya, wanita clingy bukanlah kekasih yang teruk. Sikap mereka yang terlalu bergantung kepada lelaki yang mereka sayangi adalah kerana rasa tidak yakin pada diri sendiri dan rasa ragu terhadap kekasih akan kesetiaan mereka. Mereka lakukannya hanya kerana rasa cinta yang terlalu mendalam dan punya sifat memiliki. Terdapat garisan halus yang membezakan antara terlalu clingy atau kekasih yang terlalu menyayangi. Jadi adakag anda seorang wanita atau lelaki clingy? Kami senaraikan tanda-tanda untuk mengenal pasti kekasih clingy dalam perhubungan.



1. Tidak beri ruang.

Bagi lelaki, ruang untuk diri sendiri adalah penting. Dia juga perlu masa untuk bersama kawan lelaki lain untuk melakukan aktiviti mereka seperti bersukan dan lepak menonton perlawanan bola sepak.

2. Bercakap dengan si dia 24 jam.

Dia juga punya kerja lain selain melayan celoteh kekasih mereka di talian. Tidak semua lelaki gemar bergayut di telefon berjam lamanya.



3. Hanya dia, dia, dia!

Benci jika dia punya agenda selain daripada keluar bertemu janji dengan anda. Get a life! Jangan sentiasa menunggu dia untuk membuatkan hari anda jadi bermakna.

4. Terlalu masuk campur.

Jika pun kekasih anda mempunyai kalangan teman yang asyik menyusahkan, jangan pula anda menghasut agar dia menyingkirkan rakannya dari hidup. Anda sendiri bukanlah terlalu baik untuk berkata begitu. Berbincang secara profesional dengannya dan biar dia yang menentukan hidupnya sendiri.

5. Elak jadi yang menyusahkan.

Lelaki sememangnya suka jika wanita kesayangan mereka meminta tolong kerana ia membuktikan yang anda memerlukan mereka dalam hidup. Namun, janganlah sampai hendak ambil surat di depan rumah pun minta si dia temankan. Itu mengada-ngada namanya!



6. Tidak selesa apabila dia bertemu wanita lain yang lebih cantik.

Takut jika dia beralih arah dan jatuh cinta dengan yang lain? Anda perlu ambil masa untuk diri sendiri dan keluar bergembira bersama rakan-rakan. Jadi lebih yakin dengan kemampuan sendiri.

7. Tidak suka dia habiskan masa bersama rakan-rakannya.

Kekasih anda lebih suka menghabiskan masa bersama kawannya daripada anda.

Mungkin kerana:

• Sudah terlalu banyak masa yang dihabiskan bersama anda.
• Dia beranggapan yang anda sentiasa ada ketika dia mahu anda di sisi.
• Anda rasa tersisih kerana tidak mempunyai agenda selain dia dalam hidup. Jalankan hobi yang anda ada. Pergi bersenam untuk bentuk badan yang lebih sihat dan menarik. Atau lepak bersama teman baik anda. Jadikan DIA yang terlalu ingin bersama anda.



8. Curiga sepanjang masa.

Percaya itu penting dalam perhubungan. Merimaskan apabila semua perkara yang dilakukannya perlu mendapat persetujuan anda. Tidak semestinya bekerja lewat bererti dia keluar mencari wanita lain.

9. ‘Dia tidak cintakan saya seperti mana saya cintakannya!’.

Jika anda beranggapan begini melalui tingkah lakunya yang mengambil remeh akan pengorbanan cinta anda, tiba masa untuk anda melupakan lelaki ini. Percintaan melibatkan dua hala. Anda dan dia perlu sama memerlukan dan mencintai. Apabila dia berjanji untuk keluar bersama anda, namun membatalkannya di saat akhir semata-mata ingin keluar bersama rakan-rakannya, ada sesuatu yang tidak kena. Jangan sesekali membolehkan dia meletakkan diri anda sebagai kedua terpenting dalam hidup selepas rakan-rakannya. Namun, lain halnya apabila 23 jam dia menghabiskan masa bersama anda, dan meminta hanya 1 jam untuk bermain badminton bersama temannya. Dia sanggup melakukan segalanya dan anda masih katakan yang dia tidak mencintai anda, ini salah. Terbukti anda kekasih yang sangat clingy!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,482 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen