Menurut Islam, Wanita Seperti Ini Tidak Patut Dikahwini. Jom Baca.

 

Rasulullah SAW bersabda;


“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah…”

1. Wanita Ananah.

Wanita yang terlalu suka memberi komen. Apa yang diberi atau dilakukan oleh suaminya sendiri untuk menguruskan rumah tangga ada sahaja yang tidak kena pada matanya dan tidak berpuas hati. Ini  akan menjadi satu bebanan pada suami.



2. Wanita Mananah.

Wanita yang hidup dalam kepura-puraan kerana tidak pernah mengakui semua usaha dan jasa suaminya, tetapi berdabik dada bahawa dia lah yang banyak berkorban untuk membnagunkan rumah tangga. Wanita ini juga gemar mengungkit segala kebaikan yang dilakukan dalam rumah tangga. Wanita ini lah yang hidup di zaman sekarang dimana bergaji besar dan berpangkat tinggi dari suami.

3. Wanita Hananah.

Wanita ini suka merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya. Wanita ini sering berangan untuk mendapat suami yang lebih baik daripada yang dimilikinya sekarang. Dan dia sering menyatakan kasih sayang pada suaminya yang terdahulu kerana telah mengahwini dan menyesal berkahwin dengan lelaki lain. Dengan kata mudah, wanita ini tidak bersyukur dengan jodohnya itu.



4. Wanita Hadaqah.

Seperti wanita zaman sekarang yang terlalu suka bermegah-megahan, dan menunjuk segala yang dimiliki di sosial media kerana suka membandingkan hidupnya yang sederhana dengan wanita lain yang mempunyai banyak harta. Lalu wanita ini terlalu mengikut hawa nafsu untuk memiliki semua kebendaan yang si suami tidak mampu untuk memperolehinya.

Wanita inilah yang menjadikan suaminya dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita Basaqah.

Wanita jenis ini gemar bersolek dan menghiaskan diri bukan untuk suami tetapi untuk tontonan umum. Wanita ini suka melaram dan boros pada barang yang tidak penting seperti mekap yang berlebihan, kasut yang terlalu mahal dan barang kemas sehingga ke lengan?

Malah wanita ini juga akan marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.



6.Wanita Syadaqah.

Wanita jenis ini terlalu banyak cakap dan bising. Segala pertuturannya sia-sia kerana suka mengumpat dan bergossip sehingga ramai yang terkilan dan disakiti hatinya. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

Allahuakbar, semoga semua kaum wanita dijauhkan dengan sifat begini.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 356,956 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen