Tak Sabar Nak Kahwin? Ketahui Tanggungjawab Asas Sebagai Seorang Suami.

 

Menjadi seorang suami sudah tentu mempunyai tanggungjawab yang jauh lagi berat dan susah daripada seorang isteri kerana dia adalah seorang ketua keluarga dan seorang imam. Untuk mendidik anak menjadi seorang suami yang baik kelak, perlulah diutamakan seorang ayah mendidik anak lelakinya.



Tidak lah pada masa hadapan seorang anak lelaki akan berkata;

“Kenapa saya kena tolong ibu di dapur? Bukan lelaki baca surat khabar, tengok telefon bimbit dan keluar dengan kawan-kawan macam ayah ke?”

Ulang sekali lagi?

“MACAM AYAH KE?”

Jika benar anda seorang lelaki yang gentleman dan lelaki sejati, seharusnya didik diri sendiri untuk menjadi ayah yang sentiasa menolong ibu kepada anak lelaki anda, supaya pada masa hadapan tidaklah anak lelaki merasa ralat untuk ke dapur. Rajin menolong ibu sendiri.

Jika isteri anda tidak redha dan tidak ikhlas membeli keperluan diri, keperluan anak-anak dan keperluan rumah atau belanja yang dikeluarkan olehnya maka berdosalah anda wahai si ayah, wahai sang suami.



Tidak kisah tinggi mana jawatan dan pendapatan si isteri, 5 asas ini suami HARUS penuhi.

1. Ubat-ubatan buat isteri.

2. Alatan kecantikan dan mandian isteri.

3. Makan minum isteri (minimum sehari 2 kali).

4. Pakaian atau persalinan isteri (minimum 2 set setahun).

5. Rumah yang selesa buat isteri (tidak kisah kecik atau besar yang penting digemari atau diredhai isteri).



Seperti yang dipesan oleh Encik Mizan Dzai;

“Janganlah kau sebagai suami memakai barangan mewah tapi bagi barangan yang buruk untuk isteri dan anak-anak….

Kau kemain baju Ralph Lauren sehelai RM400 tapi isteri dan anak pakai baju bundle RM10.00 dapat 3 helai….

Kalau 5 tanggungjawab asas ini pun kau terkial-kial atau tak pernah ambil tahu, jangan gatal kepala nak berbini dua….

Bukan sekadar balik rumah macam bos, nak syok nak sedap je memanjang sedangkan tanggungjawab isteri adalah mengurus suami dan anak-anak sahaja….”

Mnjadi seorang suami sudah tentu besar tanggungjawabnya dan luas terutama merangkumi tanggungjawab kepada ibu bapa, mayarakat dan negara. Wanita ini sifatnya halus dan peka dengan keadaan sekeliling oleh kerana itu, si suami tidak mudah untuk berohong pada mereka.

Ini kerana mereka boleh membaca dan hidu segala pergerakkan si suami dengan hanya ekor mata sahaja. Dan yang paling utama adalah, jika ada masalah jangan dihebahkan pada orang luar, cukup hanya pasangan suami isteri sahaja yang tahu.



 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,706 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen