5 Cara Untuk Anda Terus Berdikari Dalam Hubungan Jarak Jauh.

 

Hubungan jarak jauh ini sememangnya meletihkan sesiapa sahaja. Rasa terabai dan kesetiaan diragui itu sudah menjadi topik pergaduhan yang biasa apabila menjalani hubungan seperti ini. Bukan itu sahaja, untuk memastiakan hubungan itu terus kekal juga membuatkan setiap pasangan pasti akan menitiskan air matanya. Oleh itu, setiap pasangan yang yang menjalani hubungan seperti ini perlu pandai berdakri agar tidak telibat dalam hubungan dengan orang ketiga. Berikut adalah cara untuk anda berdikari.



1. Luangkan masa yang berkualiti dengan rakan dan keluarga anda.

Bina hubungan yang lebih akrab bersama rakan-rakan anda serta ahli keluarga anda. Pasti mereka sentiasa bersama dengan anda apabila anda merasa kesunyian. Bukan itu sahaja, pastikan mereka juga mengetahui akan status hubungan anda.

2. Fokus pada diri sendiri dan hobi anda.

Mencari kepentingan bersama adalah penting, tetapi apabila berjauhan begini, kepentingan anda adalah lebih utama. Maka dengan itu, lakukan perkara yang anda ingin lakukan ketika dia berjauhan dengan anda. Tetapi jangan mengabaikan mereka pula.

3. Jangan terkejut apabila panggilan tidak diangkat ataupun mesej tidak dibalas.

Sudah menjadi perkara biasa dalam hubungan ini, apabila segala panggilan akan tidak diangkat atau dibalas. Mungkin mereka sibuk dengan hal mereka. Maka dengan itu anda perlu bersedia bukannya merengek mahukan perhatian.


4. Jangan terlalu cemburu.

Jika anda merasa prihatin atau bimbang apa yang dilakukan oleh dia, Anda tidak seharusnya membina rasa iri hati dan paranoid. Anda seharusnya yakin walaupun pada akhirnya anda mungkin dilukai. Maka, anda seharusnya bersiap sedia.

5. Cuba untuk berkerjasama dengannya.

Ikutkan sahaja segala kemahuan dirinya. Itu bukan bermakna anda membiarkan dirinya melakukan apa yang disukai. Anda cuba untuk berkompromi terhadap sesuatu yang anda suka mahupun tidak. Tetapi tidak bertindak secara paksa.

Apabila menjalinkan hubungan seperti ini, anda harus mempunyai mental yang kuat. Jangan sesekali mudah terpengaruh dengan rasa kesunyian dan rasa inginkan pasangan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 315,454 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen