Tips Wanita: 5 Perkara Yang Membantu Anda Kurangkan Berat Badan Ketika Tidur.

 

Setiap wanita pasti mempunyai angan-angan untuk memiliki tubuh badan yang kurus dan menawan. Tetapi, mereka ini lebih mudah menggunakan jalan pintas bukannya memilih untuk bersenam mahupun makan makanan seimbang. Bagaimana jalan pintas yang sering diambil? Mereka lebih memilih untuk memakan ubat kurus yang sudah tentu tidak bagus untuk kesihatan. Apa kata anda cuba lima perkara yang membantu anda kurus ketika sedang tidur.



1. Jangan bersenam sebelum tidur.

Waktu yang baik untuk bersenam adalah pada waktu pagi, tetapi kebanyakan orang memilih waktu malam untuk bersenam kerana mereka terlalu malas untuk bangun pagi. Adakah anda tahu bersenam sebelum tidur ini tidak elok. Anda seharusnya elakkan lakukan senaman empat jam sebelum tidur.

2. Kurangkan makan malam.

Apa kata anda cuba untuk makan malam sebelum pukul 8 malam. Namun begitu adalah lebih elok anda mengambil makanan yang ringan seperti salad mahupun buah-buahan. Manakala makanan berat anda boleh makan pada waktu pagi dan tengah hari. Hal ini kerana, apabila anda tidur dengan makanan yang belum dicernakan ia akan membentuk lemak dalam badan anda.

3. Minuman berprotein.

Apabila anda inginkan sesuatu di malam hari, apa kata anda cuba minuman yang berprotein. Ia mengenyangkan perut anda. Bukan itu sahaja, ia juga mudah dicernakan kerana dalam bentuk minuman dan cercair.


4. Pastikan tidur selama lapan jam.

Setiap orang kini mempunyai telefon bimbit yang begitu canggih. Dan kerana kecanggihan itu lah anda lebih suka melambatkan masa tidur. Anda seharusnya tidur selama lapan jam ketika waktu malam. Adakah anda tahu bahawa tidur yang cukup lapan jam mampu membakar kalori dalam diri anda.

5. Tidur dalam keadaan yang gelap.

Untuk memastikan badan mendapat rehat yang cukup, anda seharusnya tidur dalam keadaan yang gelap. Walapun sedikit cahaya ia mampu mengganggu waktu tidur anda. Terutama, menghalang anda menghasilkan hormon yang cukup untuk tidur yang lena serta membakar lemak anda.

Anda juga jangan terlalu berharap ia mampu menurukan berat badan anda dengan kadar segera. Jangan dilupakan bahawa senaman dan makanan seimbang membantu anda mendapatkan badan yang sihat.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,495 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen