Antara Dugaan Ketika Bertunang.

 

Orang tua-tua selalu pesan kalau dah berkenan di hati tu, cepat-cepatlah masuk meminang untuk memelihara maruah masing-masing dan juga menjauhi dari anasir-anasir mulut murai.

Dugaan bertunang tidak sama dengan dugaan ketika bercinta di awal perkenalan kerana ketika tiada ikatan apa-apa antara pasangan, pergaduhan antara mereka berdua hanya kecil sahaja dan akan berbaik semula seperti biasa. Tetapi DUGAAN BERTUNANG LUAR BIASA.

Antara dugaan yang akan anda tempuhi..

1. Akan melibatkan orang ketiga.

Sebelum tiada ikatan sudah pasti pihak ketiga akan muncul tetapi ia tidak sama seperti dugaan ketika bertunang. Ini kerana aura ketika anda bertunang boleh diibaratkan seperti magnet. Magnet yang mampu menarik semua golongan orang bujang lelaki atau wanita untuk mendekati anda. Saintifiknya kerana hormon didalam badan anda sebenarnya yang mengeluarkan aura tersebut.

Seperti yang anda ketahui hormon oxytocin iaitu hormon kegembiraan yang akan bertindak balas pada hormon estrogen pada badan wanita, manakala testosterone pada badan lelaki.



2. Pandangan hasutan syaitan.

Apabila orang ketiga ini cuba dan berjaya mendekati anda, sudah pasti jika lemahnya iman didada, anda akan terpaut pada mereka. Ketika inilah pandangan anda akan menjadi

“Eh, lelaki ni lagi handsome daripada tunang aku, harta pun banyak”…

“Perempuan ni lagi pandai layan budak kecik, tak garang pulak tu”…

“Ada masa nak patah balik ni, baru tunang je kan?”

Hati-hati, jika anda mudah terperangkap dengan hasutan syaitan ini dan tidak pandai mengawal emosi sudah pasti anda akan terjerat.



3. Kewangan.

Dan antara salah satu cabaran dan dugaan yang paling sukar untuk anda harungi adalah, ketika bertunang lah kewangan anda tiba-tiba merudum, terlalu banyak duit untuk digunakan atau terlalu banyak kecemasan diluar jangkaan.

Jadi apa yang anda perlu lakukan adalah cekalkan hati, jangan mudah berpaling arah dan terutamanya peranan lelaki adalah cuba untuk memimpin bakal isteri mereka sejak daripada bertunang lagi. Ketika ini lah lelaki sepatutnya memainkan peranan untuk mendalami ilmu agama supaya hati tidak mudah resah dan termakan dek hasutan syaitan.

“'Bukankah kita juga bermula dari kosong satu tika dulu, Jadi kenapa perlu mencari yang sudah sempurna, sedangkan kita masih punya harapan untuk mengubah sesuatu menjadi sempurna..”

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 385,553 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen