Lelaki Mudah Berasa Rimas Apabila Wanita Melakukan 5 Perkara Ini?

 

Dalam setiap hubungan pasti akan ada pasangan yang sabar dan sayang akan kekasihnya. Bukan hanya itu mereka juga sanggup bertahan dengan kenakalan pasangannya. Tetapi anda harus ingat, setiap orang mempunyai tahap kesabaran yang terbatas. Sebelum ia hilang sabar, baik anda mula sedari perkara yang anda sering lakukan tetapi ianya membuat dirinya rimas. Jom ketahuinya.



1. Lambat bersiap atau sentiasa lambat.

Wanita biasanya mengambil masa yang agak lama untuk bersiap serta berdandan. Semakin penting sesuatu acara itu menyebabkan dirinya semakin lambat untuk bersiap. Tetapi itu bukan alasan yang kerap anda beri apabila dipersoal akan kelewatan anda. Jangan membuat dirinya sentiasa tertunggu-tunggu akan anda, ia akan menyebabkan dirinya berasa rimas.

2. Suka mengarah.

Telah menjadi kebiasaan wanita mereka ini gemar memberi arahan terhadap pasangan mereka. Lebih-lebih lagi apabila melihat pasangan mereka begitu kelapangan tanpa melakukan apa-apa. Sebagai seorang wanita, nak mengarah tidak mengapa, tetapi jangan terlalu kerap. Ia hanya akan menimbulkan rasa tidak selesa pasangan anda.

3. Berharap pasangan memahami dirinya.

Pasangan anda sedang berusaha sedaya upaya untuk memahami anda. Tetapi jangan berharap mereka ini dapat membaca apa yang anda fikirkan. Cuba untuk berterus terang pada dirinya agar mereka lebih mudah untuk memahami anda. Jangan biarkan dia tertanya-tanya hingga akhirnya mereka rimas dengan anda.


4. Terlalu banyak mengadu.

Telah menjadi sifat wanita untuk mencurahkan rasa hati mereka kepada pasanga mereka. Tetapi lelaki akan cepat rimas dan muak apabila sering kali mendengar aduan yang sama sedangkan anda sendiri tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap perkara tersebut.

5. Sentiasa bermain telefon bimbit.

Bermain telefon bimbit tidak salah, lagi-lagi pada masa yang terluang. Yang menjadi salahnya apabila anda tidak tahu membahagikan masa ketika bersama pasangan anda. Apabila berhadapan dengan pasangan anda, cuba jangan bermain telefon. Hal ini demi mengelakkan anda dan pasangan renggang.

Mungkin pada ketika ini pasangan anda masih lagi sabar dan terima tabiat anda. Namun lama kelamaan ia akan menjadi pergaduhan buat anda dan pasangan, maka lebih baik anda mencegah dari pergaduhan itu berlaku.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,375 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen