Jangan Mudah Terpedaya, 4 Mitos Tentang Lelaki Yang Tidak Semestinya Benar Tapi Anda Percaya.

 

Ramai yang beranggapan seorang lelaki itu tahan lasak, kasar, suka yang cantik sahaja dan pelbagai lagi. Tetapi sebenarnya, itu hanya kesimpulan yang dilakukan ke atas beberapa lelaki yang dijumpai. Namun begitu, kesimpulan itu tidak menggambarkan keseluruhan sikap seorang lelaki. Apa mitos yang selalu dikaitkan dengan orang lelaki ini? Jom ketahuinya.



1. Lelaki tidak suka bercakap mengenai perasaan.

Wanita selalu disifatkan dengan lebih terbuka apabila bercakap mengenai hati dan perasaan, manakala lelaki pula tidak. Sebenarnya, lelaki juga cenderung untuk meluahkan perasaan mereka kepada seseorang yang mereka rasa selesa ataupun percaya. Sebagai contoh, sahabat baiknya ataupun pasangannya.

2. Lelaki sukakan perkara yang aktif dan lasak.

Pada masa ini, tidak semua lelaki akan berminat terhadap perkara yang lasak. Mereka ini boleh sahaja mempunyai minat terhadap masakan mahupun membaca buku. Walaupun ia dianggap bersifat wanita, namun ia boleh dilakukan oleh kedua-dua jantina ini dengan baik. Jadi jangan beranggapan asal lelaki sahaja mereka ini aktif dan lasak.

3. Lambat matang.

Wanita sememangnya akan lebih cepat matang berbanding lelaki. Tetapi itu tidak bermakna lelaki ini lambat matang. Anda sahaja lelaki yang cepat matang berdasarkan pengalaman hidup mereka. Bukan faktor umur ataupun tahap kecepatan mereka berakil baligh.


4. Menyukai wanita seksi.

Tidak semua lelaki akan tertarik dengan pemakaian seseorang, terutama mereka yang seksi ini. Setiap orang mempunyai cita rasa yang berbeza. Jadi anda tidak boleh merumuskan seseorang dalam semua perkara.

Empat perkara ini selalunya disalah anggap oleh seorang wanita. Itu yang menyebabkan ramai wanita lebih mudah membuat kesimpulan terhadap perkara yang lelaki suka, sedangkan setiap orang mempunyai rasa suka yang berlainan. Maka kenali pasangan anda dahulu, jangan membuat rumusan secara terburu-buru.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 448,217 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen