Kesan Yang Anda Akan Hadapi Apabila Pasangan Terlebih Cantik Atau Kacak.

 

Memiliki pasangan yang elok paras rupanya sudah tentu ia satu bonus pada anda. Menjadi extra bonus apabila pasangan anda mempunyai harta dan boleh dikatakan seorang yang senang berbanding anda sendiri.

Seperti di dalam Filem Antara Dua Darjat lakonan Seniman Agung Arwahyarham Tan Sri P.Ramlee yang mengisahkan perbezaan darjat keturunan antara P. Ramlee dan kekasih hatinya yang merupakan anak golongan bangsawan.

Percintaan mereka ditentang keras oleh kedua orang tua si gadis. Itu yang melibatkan harta dan pangkat, tetapi bagaimana pula jika melibatkan rupa paras?



Cinta itu buta malah cinta juga tidak mengenal usia dan paras rupa. Hanya pasangan itu sendiri yang tahu mengapa terjadinya cinta antara mereka berdua, dan hanya mereka sahaja lah yang dapat merasakan keikhlasan di hati untuk menerima kekurangan masing-masing.

Tetapi apa yang sukar dihadapi ialah orang sekeliling yang akan mengata tidak kurang juga yang menjadi batu api semata-mata kerana mengikut perasaan hasad dengki untuk menghasut. Jadi antara kesan yang anda akan hadapi adalah..

DIPERKECILKAN ATAU DIPINGGIRKAN.

Sudah tentu apabila memiliki pasangan yang elok paras rupanya berbanding anda, ramai orang akan cuba memperkecilkan anda atau meminggirkan diri anda. Malah mereka semua akan tertanya-tanya bagaimana pasangan anda boleh jatuh cinta pada anda? Adakah anda cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya?



ORANG LUAR SENTIASA BERSANGKA BURUK.

Malah orang luar juga akan bersangka buruk pada anda, adakah anda menggunakan apa-apa sihir atau jampi untuk mengenakan pasangan anda sendiri? Kesan pada diri anda juga ia menyebabkan diri anda menjadi tidak konfiden kerana keadaan sekeliling yang terlalu negatif.

PERSIAPKAN DIRI ANDA DARI SEGI MENTAL DAN FIZIKAL.

Oleh kerana itu, walaupun anda mempunyai rupa paras yang biasa dan sederhana, anda perlu siapkan diri dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi tohmahan orang ramai. Mulut manusia seperti biasa memang tidak mampu kita untuk menutup.



Apa yang mereka mahu lihat adalah, bagaimana anda mampu untuk hidup bersama dengan pasangan anda tersebut? Bagaimana pengakhiran yang akan terjadi, yang bakal menutup mulut mereka.

Jadi, mempunyai kepercayaan pada pasangan juga dapat mengawal perasaan cemburu anda apabila si dia dikelilingi ramai peminat. Rupa paras tidak lah mengukur segala kebahagiaan, kerana anda boleh litupinya dengan berpenampilan kemas dan mengikut trend semasa.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,940 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen