Jika Benar Tiada Jodoh, Bagaimana Mahu Berpisah Dengan Cara Yang Baik?

 

Setiap hubungan percintaan pasti ada yang tidak berkekalan. Sama ada sebab yang terlalu biasa atau pun subjek yang terlalu sensitif mengapa putusnya sesebuah perhubungan cinta tersebut. Malah tidak semua pasangan yang dapat memutuskan sesuatu hubungan itu dengan cara yang baik kerana diperlakukan dengan teruk hati dan perasaannya.

Apabila putus cinta atau berpisah dengan cara yang tidak baik setiap pasangan pasti menuding jari pada salah seorang dan hanya meletakkan kesalahan secara total padanya. Situasi ini yang menyebabkan anda sukar untuk melupakan si dia walaupun setelah putus cinta.



Jadi jom ketahui cara-cara untuk berpisah dengan cara yang baik..

1. Muhasabah diri dan berlapang dada.

Secara lumrah setiap manusia yang tidak sempurna akan menyalahkan seseorang atas sesuatu kegagalan, begitu juga dalam perhubungan. Apabila ianya kecundang dan hancur di tengah jalan, kita cepat menunding jari ke arah pasangan tanpa membuat refleksi diri.

Ya, mungkin terdapat kesalahan yang dilakukan pasangan anda, tetapi kita juga haruslah meneliti akan kesalahan yang dilakukan sendiri. Tidak mustahil ianya akan membawa jawapan kepada persimpangan yang dihadapi dalam perhubungan anda.



2. Komunikasi dua hala.

Komunikasi dua hala apabila anda berdua memainkan peranan masing-masing untuk mendengar dan membalas pendapat secara seimbang. Malah dengan cara yang lebih efektif adalah dilakukan dengan bertemu bersemuka dan bukannya hubungu melalui telefon bimbit sahaja.

Komunikasi merupakan elemen yang amat penting dalam sesuatu perhubungan. Saling berbicara mengenai perasaan atau ketidakpuasan yang terpendam adalah sesuatu yang menyihatkan. Ianya membantu anda untuk lebih mengenali serta memahami pasangan secara mendalam.

Janganlah takut untuk berterus-terang kerana ianya hanya akan meninggalkan lurah di hati seterusnya mewujudkan perasaan negatif yang memakan diri.



3. Adanya sifat toleransi.

Perhubungan yang utuh bukanlah berdasarkan kepada cinta sahaja, tetapi juga tanggungjawab serta sifat tolak-ansur kepada pasangan. Kehidupan berpasangan bermaksud penyatuan dua insan yang berlainan watak serta cara, jadi ianya adalah lazim untuk setiap pasangan bertelagah kerana citarasa yang berbeza.

Di sinilah sikap tolak-ansur memainkan peranan. Saling memberi dan menerima serta mengalah bukanlah bermaksud anda tiada pendirian, tetapi lebih kepada adat perhubungan yang harus diterap.

Jika dengan cara ini ia mampu menjernihkan hubungan kalian, maka jadikan ia sebagai pelajaran dan  pengajaran di masa hadapan. Tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan dengan cara yang baik.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,416 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen