Tanda-Tanda Teman Lelaki Anda Mula Mempunyai Perasaan Cemburu.

 

Terlalu mengongkong adalah antara salah satu punca terjadinya perasaan cemburu atau iri hati. Si dia pasti mengongkong cara pemakaian anda, cara pergaulan anda dengan sahabat lelaki yang lain, cara pandangan, malah tidak memberi keizinan untuk membuat sesuatu kerja dengan sahabat lelaki lain.

Benar, tanda cemburu itu bermakna sayang, tetapi jika ia berlebihan dan tidak dikawal dengan cara yang betul pasti ia akan dipanggil cemburu buta. Sebelum anda tidak mahu ia berlaku dengan lebih teruk atau cemburu buta ini, anda harus perhatikan si dia mula memendam perasaan cemburu ini dengan..

1. Perubahan emosi.

Lelaki juga mempunyai emosi, tahu untuk berasa cemburu dan iri hati pada teman wanitanya. Jika ia tidak dapat dikawal dan terlalu mengikut perasaan atau tidak matang si dia pasti menjadi marah secara tiba-tiba.

“Eh, kenapa keluar lagi dengan group tu? Semalam kan dah bincang sama-sama, whatsapp jelah”

Kemudian apa yang jelas ternyata, si dia sebelum ini seperti tidak ambil kisah atau berpura-pura cool didepan anda apabila berbual dengan lelaki lain. Tetapi apa yang terjadi selepas itu, si dia pasti membangkitkan pergaduhan.

2. Menjadi pelik.

Si dia mula melakukan sesuatu diluar jangka anda seperti bertindak lebih agresif untuk melindungi anda dimana sahaja, walaupun sanggup stalk sosial media anda dan mahu tahu password untuk setiap akaun. Si dia juga menjadi pengintip setia kemana sahaja anda pergi, seperti tiada kerja lain pula untuk dilakukan?

Malah, memasang spy dikalangan sahabat baik anda?



3. Sering merenung tajam.

Anda sentiasa melihat raut wajahnya yang tenang, ceria dan mengukirkan senyuman walaupun mempunyai masalah. Tetapi kali ini, renungannya seperti anda melakukan kesalahan jenayah pula. Setiap gerak geri dan tindak tanduk anda, pasti si dia tahu. Renungannya pasti tidak dilepaskan.

4. Sering menceritakan perihal orang lain.

Si dia kerap bercakap perihal kehidupan orang  lain dan bagaimana megahnya kehidupan mereka. Apabila setiap kali bertemu si dia asyik mengulangi tentang perkara yang sama mengenai kehebatan dan kelebihan sahabat anda atau dia, ini menandakan yang si dia mempunyai perasaan cemburu yang tinggi.



5. Tidak suka orang lain memuji kecantikan anda.

Walhal sepatutnya si dia patut berbangga dan mengucapkan terima kasih apabila orang lain memuji akan kecantikan anda, tetapi si dia bertindak sebaliknya. Si dia mula naik berang dan marah. Pasti ada sesuatu yang tidak kena bukan?

Jadi, berbincang lah dengan cara yang baik supaya perasaan cemburunya ini tidak keterlaluan.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,632 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen