Antara Manfaat Kahwin Campur.

 

Tidak ramai yang mempunyai keluarga melalui kahwin campur. Mereka yang mengambil keputusan untuk berkahwin campur, pasti adalah seorang yang berani mengambil risiko, sentiasa memikirkan positif dalam kehidupan mereka dan suka pada cabaran.



Cabaran yang dihadapi bukan lah calang-calang orang yang boleh hadapinya. Sudah pasti hanya orang-orang yang tertentu dan dipilih sahaja mampu menghadapi cabaran yang bakal dihadapi apabila berkahwin campur. Terutamanya cabaran untuk memahami pegangan agama yang ternyata berbeza dan konsep perkahwinan yang berlainan.

Selain daripada itu, anda perlu menerima kekurangan pada pasangan dari aspek gaya kehidupan dan tidak mudah untuk ubah jika selama ini mereka hidup dengan gaya tersebut. Oleh itu untuk menjadi seorang muslim dengan memiliki keimanan yang tinggi pasti tidak mudah dan mudah goyah apabila berlakunya cabaran ini.

Apabila anda seorang yang husnudzon dan tahu manfaat melalui berkahwin campur, pasti ramai yang merebutnya…



1. Melahirkan baka atau genetik yang baik.

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain)….” (Al-Hujurat: 13)

Perbezaan genetik mampu menghasilkan anak yag bijak dan fizikal yang lebih baik kerana lebih terbuka dalam berfikir. Fizikal anak juga lebih eksotik dan menarik.

2. Mengeratkan hubungan keluarga.

Dua buah keluarga yang mempunyai perbezaan bangsa dan gaya hidup secara tidak langsung dapat berkongsi segalanya bersama. Mana yang buruk pasti dapat diperbaiki untuk menjadi lebih baik, dan yang pasti dapat mengenal dengan lebih dalam tentang perbezaan budaya ini yang orang lain tidak dapat.



3. Keharmonian kaum.

Perkahwinan campur dapat memajmukkan rakyat dan mengeratkan hubungan yang sedia ada. Apabila anda dan pasangan mempunyai fikiran dan minda yang terbuka, dan dapat menerima kekurangan di dalam keluarga masing-masing pasti anda berdua bakal mempunyai keluarga yang harmoni.

4. Meluaskan kenalan keluarga dan pandangan hidup.

Antara positiviti yang anda akan dapat adalah keseronokan melihat budaya orang lain dan dapat melaluinya bersama pasangan yang anda cintai. Selain itu, anda juga dapat meluaskan pengetahuan dan membuatkan hidup anda penuh warna-warni.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 413,283 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen