Adakah Sukar Untuk Bercinta Dengan Pasangan Berlainan Usia? Cara-Cara Untuk Atasinya.

 

Sudah pasti tiada siapa dapat menjangka kuasa cinta kerana bercinta pada berlainan usia pasti akan mengambil perhatian orang ramai. Teman lelaki yang lebih muda, teman wanita yang lebih tua, atau bercinta dengan pasangan yang bagaikan aur dengan tebing.

Ramai yang mengatakan cinta itu buta kerana manusia sanggup meredah api dan lautan demi keagungan cinta. Jika perbezaan umur yang terlalu jarak, sudah pasti mempunyai cabaran yang tersendiri dan dugaan ketika melayari bahtera cinta menguji kesabaran pasangan.



Jadi kepercayaan dan keyakinan itu adalah kunci bagi memastikan hubungan kekal hingga ke akhirnya. Cinta berlainan usia, sejauh manakah ia akan pergi? Jom baca cara-cara untuk atasi masalah ini...

1. Kepercayaan dan kejujuran.

Jika si dia lebih tua atau pun muda, anda perlu percaya peranannya sendiri dalam menjalinkan hubungan. Jika lelaki perlu lah bijak membimbing wanita dan sebaliknya. Jika wanita gagal mengawal emosi, si lelaki perlu percaya ada sebabnya ia berlaku dan tolong mengawal emosi mereka.

Jika ia tidak diuruskan dengan cara yang matang, sudah tentu salah seorang akan mula tidak jujur dan berlaku perkara yang tidak diingini oleh semua pasangan.



2. Sama-sama membantu.

Apabila si dia mempunyai masalah dan memerlukan pertolongan, jangan abaikan mereka. Sama-sama dalam membantu segala masalah yang perlu diselesaikan, dan situasi ini memerlukan kombinasi dua pasangan supaya hubungan menjadi lebih erat.

Jika anda mempunyai fikiran “Ouh, teman wanita aku lebih tua, jadi dia lebih berdikari dan boleh selesaikan semua masalah dengan sendiri”..

Walaupun kelihatan si dia mampu untuk menguruskannya sendiri, tetapi jagalah hati mereka, jangan membuatkan mereka merasakan “Aku single lagi baik”..

3. Memahami.

Kadang kala sukar untuk memahami pasangan yang berlainan usia. Kekangan masa juga adalah punca utama berlakunya pergaduhan. Bagi yang memilih untuk melayari cinta berbeza usia.

Elakkan untuk melakukan aktiviti seperti mana anda masih solo kerana pasangan anda lebih matang dan mementingkan perkara melibatkan masa depan. Oleh itu, formula untuk  tangani hatinya adalah jalani perhubungan seperti orang dewasa.

4. Tulus berbicara.

Pernah orang dulu berkata. Lidah kita jika tidak di jaga ibarat tajamnya tajamnya bilah pisau. Begitu juga dengan cara percakapan kita. Jika pasangan anda lebih lanjut usia berbanding anda , elakkan untuk bercakap perkara yang sensitif kerana ia mungkin akan mengguris perasaan si dia. Cukup dengan melontarkan kata dengan nada lembut atau perlahan.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,618 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen