Kenali Pasangan Anda Melalui Gaya Duduknya Ketika Berhadapan Dengan Anda.

 

Kadang kala sukar untuk fahami pasangan kita ini. Hal ini kerana, sikap mereka ini seolah-olah kerap berubah apabila berhadapan dengan anda. Maka dengan itu, cuba kenali dahulu perwatakan pasangan anda ini. Tidak tahu bagaimana? Jom kenali mereka melalui gaya duduknya. Ternyata, gaya duduk mereka itu akan memberitahu siapa mereka sebenarnya.



1. Duduk sambil membuka kaki yang lebar.

Mereka ini jenis lelaki yang sedikit sombong serta berperwatakan yang keras. Namun begitu, kadang kala ia boleh berubah kepada seseorang yang mudah bersimpati, mudah menghulurkan bantuan serta baik hatinya.

2. Duduk sambil kaki kanan bersilang.

Lelaki jenis ini lebih kepada yang berkeyakinan tinggi, dan berani berhadapan dengan masalah. Dia suka mendengar seseorang memberinya pendapat. Apabila di tempat kerja, mereka ini seorang yang kreatif, sedangkan dalam hubungan mereka ini akan berjuang untuk cinta mereka.

3. Duduk sambil meluruskan kaki berserta pergelangan kaki bersilang.

Apabila teman lelaki anda duduk seperti ini, ia menandakan bahawa dirinya sejenis yang tenang dan santai. Namun begitu, dia sangat berwaspada akan keadaan sekelilingnya. Dia sangat berani dalam membuat keputusan.



4. Duduk sambil merapatkan kaki.

Mereka ini kurang percaya diri. Mereka juga seorang yang pasif serta lebih bergantung kepada orang disekeliling dalam tugas harian. Mereka ini mempunyai banyak impian tetapi takut untuk merealisasikan impian tersebut.

5. Menyusun satu kaki pada kaki yang lain (kaki silang, ketat).

Lelaki yang duduk seperti ini adalah lelaki yang sopan, serta mempunyai kelasnya yang tersendiri. Mereka mempunyai peraturan dalam hidup mereka. Apabila bercinta, mereka akan melayani anda dengan begitu baik.

Setelah mengenali si dia melalui cara duduknya, ia amat memudahkan anda untuk membaca kelakuannya dengan lebih jelas. Anda juga pasti tahu bagaimana untuk menangani mereka ini.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 598,241 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen