Ciri-Ciri Wanita Yang Sangat Istimewa Pada Mata Lelaki. Adakah Anda Tergolong Dalam Wanita Istimewa Ini?

 

Bagi wanita, mempunyai wajah yang cantik, putih, gebu dan mulus adalah satu kemestian seorang lelaki akan lihat. Ya, memang benar lelaki amat sukakan pada kecantikan wajah seorang wanita, tetapi anda hanya memiliki wajah yang cantik tetapi tidak menepati ciri-ciri dalaman yang diidamkan, pasti si lelaki akan berfikir dua kali.

Dan bagi pendapat wanita juga, mempunyai tubuh badan yang langsing persis model juga akan menarik perhatian lelaki. Percaya lah ciri-ciri luaran yang dipandang oleh mata kasar lelaki ini kebiasaannya hanya sementara sahaja. Kadang-kala ia tidak menjamin akan kekal sehingga ke jinjang pelamin.



Jadi, apakah ciri-ciri dalaman dan luaran pada wanita yang dianggap istimewa pada lelaki…

1. Hati yang bersih.

Mempunyai hati yang bersih seperti tiada kata-kata carutan atau lucah dikeluarkan pada bibir munggilnya. Sentiasa berfikiran positif dan bersangka baik pada keadaan sekelilingnya, yang membuatkan orang tertanya-tanya, tiadakah sedikit perasaan sangka buruk pada orang lain? Atau tiada iri hati, dengki?

2. Sentiasa menjaga penampilan.

Orang sekeliling yang sudah mengenali lama tentang wanita ini, pasti mereka akan tahu, wanita jenis ini sentiasa menjaga penampilan, sentiasa kelihatan bersih dan kemas. Penjagaan diri juga dijaga dengan terapi, bukan tidak mahu kelihatan sedikit cacat cela. Cuma baginya diri mereka sendiri tidak selesa jika tidak menjaga penampilan.

Tetapi tidak pula sentiasa mengenakan mekap yang tebal, hanya menghiasi untuk bertambah seri sahaja.



3. Tahu menghargai diri sendiri.

Wanita ini menghargai setiap pemberian Allah SWT yang ada pada dirinya, tidak pernah merungut mahupun berfikiran negatif. Apabila mereka tahu menghargai sudah pasti mereka tahu menyayangi diri sendiri mereka dengan cara bersyukur walaupun sedikit. Ia pasti membuatkan hatinya berasa lapang.

4. Berdikari dan mempunyai pendapatan sendiri.

Wanita yang positif dan berlapang dada, sudah tentu mereka dapat berfikiran dengan matang. Mereka tidak mudah untuk berperangai secara keanak-anakan kerana mahu berdikari dan mencari pendapatan sendiri. Lelaki amat tertarik pada wanita sebegini, kerana bagi mereka wanita ini nampak sofistikated.



5. Mempunyai semangat dalam mengejar impian.

Apabila seseorang wanita yang sering dianggap lemah tetapi kemudiannya menunjukkan yang diri mereka ada semangat yang kuat untuk kejar apa yang dicita-citakan, jenis wanita sebegini selalunya lelaki pilih untuk dijadikan pasangan sehidup semati.

Adakah anda mempunyai semua ciri-ciri di atas? Pasti beruntung lelaki yang memiliki anda. 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 454,470 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen