Adakah Anda Sudah Bersedia Untuk Berkahwin? Cuba Jawab 5 Pertanyaan Ini.

 

Apabila melihat pasangan bahagia, sudah pasti ia akan menimbulkan keinginan untuk berkahwin. Bukan itu sahaja, apabila anda dan pasangan merasakan anda seharusnya pergi ke satu hubungan yang lebih serius. Perkahwinan ini bukan satu perkara yang main-main. Ia bukan seperti permainan pondok-pondok. Anda seharusnya memandang serius apabila bersetuju untuk berkahwin. Maka dengan itu cuba anda jawab lima soalan ini dengan hati yang terbuka.



1. Bagaimana sikap anda bersama keluarga?

Cara anda melayani keluarga anda akan menggambarkan cara anda melayani suami anda nanti. Jika hubungan anda renggang bersama keluarga, hubungan anda dengan pasangan juga akan begitu. Tetapi jika hubungan anda rapat dan bahagia maka keluarga baru yang akan dibina juga akan merasai kebahagiaan itu.

2. Bijak menguruskan kewangan?

Apabila berkahwin, masalah kewangan akan menjadi masalah utama dalam hubungan anda. Maka, cara pengurusan wang betul akan membantu keharmonian rumah tangga anda. Pastikan anda sudah bijak menguruskan kewangan anda sendiri sebelum menguruskan kewangan keluarga anda nanti.

3. Bagaimana sikap anda dalam kehidupan harian anda?

Adakah anda seorang yang terlalu berfikiran negatif atau berfikiran positif dalam menghadapi masalah? Adakah anda rajin menguruskan rumah atau seorang yang membiarkan rumah terabai? Sifat-sifat yang ada pada ketika ini sudah pasti akan menjadi penyumbang kepada keharmonian rumah tangga anda nanti.



4. Bersedia untuk mengetahui segala kekurangan pasangan?

Disaat kita bersedia untuk menerima pasangan kita, itu bermakna kita bersedia untuk terima segala kekurangannya. Apabila setelah berkahwin nanti, barulah kita mengetahui tabiat-tabiat pasangan yang selama ini mereka sembunyikan.

5. Bersedia untuk hidup dalam kesusahan kelak?

Setelah berkahwin, anda tidak tahu cabaran apa yang bakal anda tempuhi. Maka dengan itu, sudah kah anda bersedia untuk hidup susah apabila ujian yang datang itu adalah masalah kewangan.

Perkahwinan ini memerlukan kesanggupan dan kepercayaan yang luar biasa terhadap pasangan serta hubungan. Jika tidak sanggup untuk menempuhi semua itu, bermakna anda masih lagi belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,312 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen