Selain Paras Rupa Dan Budi Pekerti Yang Baik, 4 Perkara Ini Turut Dipandang Oleh Seorang Lelaki.

 

Berkahwin bukan hanya menukar status daripada bujang kepada seorang isteri. Lebih dari itu, berkahwin merupakan sebuah langkah besar yang akan mengubah hidup seseorang. Mulai dari status, tanggung jawab hingga kebiasaan seseorang. Oleh karena itu, kebanyakan lelaki yang matang tidak hanya memandang paras rupa pasangannya sahaja, terdapat beberapa perkara lain yang mereka akan pandang. Mari ketahuinya.




1. Memiliki tujuan hidup yang sama.

Ketika mempunyai niat untuk berkahwin, setiap pasangan itu perlu untuk mempunyai tujuan hidup yang sama. Jika keduanya berbeza tujuan ia pasti sukar untuk membina rumah tangga yang bahagia. Setidaknya tujuan yang mereka miliki itu hampir sama barulah mereka boleh kekal bersama.

2. Wanita yang bersederhana yang mampu terima semua perkara.

Semua orang mahukan kesederhanaan baik lelaki mahupun wanita. Lelaki tidak suka akan perkara yang menyukarkan dirinya, maka mereka lebih memilih pasangan yang bersifat sederhana serta tidak selalu punya keinginan yang tinggi.



3. Penerimaan keluarga.

Perkahwinan itu mampu bahagia jika ia disertakan dengan restu keluarga. Maka dengan itu, ramai yang akan memilih pasangan mereka jika menerima restu daripada ibu bapa mereka. restu itu penting, ia merupakan jaminan untuk rumah tangga bahagia.

4. Wanita yang menjaga maruahnya.

Lelaki perlukan seseorang wanita yang mampu menjaga maruah diri serta keluarganya. Maka apabila mereka berkahwin nanti, wanita itu mampu menjaga maruah pasangannya.

Empat perkara ini kelihatan mudah untuk dicari tetapi sebenarnya sukar untuk ditemui pada masa ini. Lebih-lebih lagi apabila wanita pada masa ini lebih berdikari untuk dalam hidup mereka.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,983 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen