Semua Pasangan Pasti Takut Memberi Komitmen, Jom Baca Nasihat Ini.

 

Sebelum mahu bercinta, sebelum ingin melamar anak dara orang, pasti lelaki tersebut takut untuk memberikan komitmen dalam hubungan. Bukan sahaja lelaki yang berfikiran begitu, wanita juga takut menyerahkan perasaannya pada lelaki, kerana risau tidak terbalas…

1. Jangan menjadi terlalu risau.

Menjadi terlalu risau sehingga tidak menjaga kesihatan diri sendiri, menjadi terlalu tertekan dan lalu tidak boleh melakukan atau menguruskan hal peribadi. Tidak semua pasangan itu bijak melalui rintangan hidup ketika memberi komitmen pada hubungan.



Dan ada sebahagian mereka juga hanya mencari jalan pintas kerana tidak mahu merentangi halangan dan lari daripada masalah. Ini adalah perbuatan yang tidak matang. Seharusnya anda dan pasangan perlu berbincang bersama masalah tersebut, dan belajar menyelesaikan masalah secara teratur.

2. Belajar untuk tanam kepercayaan pada pasangan.

Isu ini pasti bakal membunuh sesebuah hubungan. Jika anda sendiri tidak mempercayai pasangan, siapa lagi orang disekeliling untuk mempercayai si dia? Hanya anda sahaja lah yang mampu membuatkan mereka untuk berdiri di kaki sendiri dan menguruskan segala komitmen supaya orang luar lihat, anda berdua tidak mengharapkan bantuan sesiapa.

Jadi, hargai lah pasangan anda dan sama-sama membantu untuk menguruskan hal emosi, peribadi atau kerjaya.



3. Berbicara secara terbuka.

Anda dan pasangan harus ingat, setelah berkahwin anda adalah komitmen pada si dia dan begitu juga sebaliknya. Jadi setiap apa yang berlaku jangan pendam, lama-kelamaan ia akan memudaratkan hubungan kalian. Jangan terus bertindak untuk memutuskan hubungan tanpa berbincang.

4. Mencari aura positif.

Cuba ubah persepsi diri. Kelilingi diri dengan positiviti, elakkan negativiti. Jika anda mempunyai pasangan yang memahami, yang sering mendorong anda ke arah kebaikan, yang selalu ada dengan anda bila anda memerlukan, ia secara tidak langsung dapat melahirkan komitmen yang bersifat sempurna. Ya, walaupun anda tidak sempurna.



5. Move On.

Anda jadi takut untuk memberi komitmen kerana anda pernah dikecewakan suatu ketika dahulu? Atau mungkin hubungan ibu dan ayah anda yang retak ditengah jalan membuatkan anda takut dengan komitmen?

Jangan samakan situasi orang lain dengan anda sendiri, kerana ternyata ia pasti berbeza. Setiap orang mempunyai sikap yang berlainan, jangan lah membuat perbandingan.

6. Single lagi best!

Jangan la suka bertindak melulu tanpa berfikir, mengeluarkan kata-kata tanpa fikir kesannya. Jika anda sebenarnya tidak mampu untuk hidup bersendirian, jangan ‘nasihat’ diri anda sendiri “Single is better”. Jika anda asyik merungut dan hendak berhenti memberi komitmen dalam hubungan supaya anda boleh menikmati kehidupan single, anda sepatutnya harus menimbang semula perancangan anda itu.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,557 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen