Antara Punca Menyebabkan Wanita Sukar Mempercayai Lelaki Zaman Sekarang.

 

Kuasa kepercayaan yang terjadi adalah melalui komunikasi antara manusia yang bermaksud adanya pegangan, kebenaran, kekuatan terhadap seseorang atau sesuatu. Nilai kepercayaan terletak pada diri sendiri dimana rasionalnya pemikiran mereka yang berhubung kait rapat pada sesuatu perkara.



Sama ada melalui pekerjaan, perniagaan, kekeluargaan, persahabatan malah percintaan.

Jika rapuhnya kepercayaan seseorang pada anda, pasti ia adalah perasaan sangsi kerana tidak dipengaruhi dengan perkara-perkara positif di sekelilingnya. Terutama setelah seseorang putus cinta, sudah tentu mereka hanya memandang sekelilingnya dengan pandangan yang negatif sahaja kerana tiada siapa mahu menarik dirinya ke dalam suasana yang bermotivasi.

Perkara sebegini bukanlah disengajakan kerana psikologi minda seseorang sudah pasti sukar untuk dikawal terutama orang luar. Sudah tentu ia sering terjadi pada golongan wanita, kerana mereka adalah makhluk yang memang sukar untuk mengawal emosi dan mudah menjadi murung.



JADI, APAKAH PUNCA SEBENAR WANITA INI SUKAR MEMPERCAYAI LELAKI PADA ZAMAN SEKARANG?

1. Trauma dengan kisah silam.

Tipikal jawapan yang anda akan sering dengar atau lihat apabila wanita sering disoalkan dengan soalan begini. Trauma terhadap hubungan yang lalu, mungkin pernah menjalani hubungan yang hambar dan tiada erti setia pada satu sama lain. Jadi untuk melakukannya sekali lagi, ia menjadi perkara serius dan tiada dolak-dalih.

2. Sukar memberi komitmen.

Bukanlah dia tidak mempercayai sesiapa, cuma apabila ia adalah isu komitmen dalam percintaan ia menjadi sedikit kaget. Tidak tahu bagaimana untuk memegang hati seseorang lagikan memberi  kepercayaan bersama komitmen. Apa yang boleh dilakukan adalah dengan membiarkan masa berlalu dan tiada usaha membuka pintu hati.



3. Tidak pernah berpacaran.

Tidak menjadi pelik, jika dia sukar mempercayai lelaki kerana hanya kerana tidak pernah bersama dengan lelaki selain ayah, abang atau adik lelakinya. Jadi untuk meletakkan rasa percaya pada lelaki asing bukanlah suatu perkara yang mudah!

4. Pengalaman hitam keluarga.

Jangan menghakimi apa yang berlaku dalam hidupnya. Mungkin dia pernah mempunyai ahli keluarga lelaki bertindak tidak bertanggungjawab atau kasar sebelum ini. Menyebabkan hilang rasa percaya pada lelaki, namun ia bukanlah selamanya, jika ditemukan dengan ‘orang betul’ persepsi tersebut bakal pudar.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,370 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen