10 Tanda Anda Dengan Pasangan Sangat Serasi Dan Tidak Boleh Berpisah.

 

Bagaimana anda dengan pasangan mahu tahu bahawa kalian berdua sangat serasi dan tidak boleh hidup tanpa pasangan? Jom baca…

1. Merancang bersama-sama.

Kamu berdua sering berusaha keras untuk mencapai matlamat yang sama sebagai contoh, sedaya-upaya menyimpan duit untuk mendirikan perkahwinan. Malah kalian berdua teruja untuk menyimpan wang tersebut sebagai persediaan.

2. Mengimbau segala momen.

Anda dan si dia pasti mengingati segala momen dan kenangan bersama walaupun perkara yang kecil seperti makanan kegemaran di satu restoran atau minyak wangi yang sering dipakai.

3. Membaca perbualan di whatsapp.

Anda dan si dia apabila kerinduan pasti akan membaca kembali perbualan di whatsapp yang telah berkurun lama seperti di awal perkenalan.



4. Sentiasa gembira melihat wajah.

Dengan hanya menatap wajah pasangan dan saling melirik mata pun mampu membuat hati kalian bahagia.

5. Sentiasa risau.

Hati anda berdua pasti tidak tenang apabila tiada di depan mata dan dalam pada masa yang sama asyik mendengar berita kemalangan di televisyen.



6. Menerima dia dengan seadanya.

Menerima segala kelemahan dan keburukan masing-masing dan mahu memperbaiki perkara tersebut bersama-sama.

7. Berfikir secara adil.

Apabila berlaku pergaduhan, kalian berdua dapat berfikir secara matang dan tidak meletakkan kesalahan atas pasangan 100%, tetapi sama rata.

8. Dia sering berlegar dalam fikiranmu.

Walaupun berlakunya pergaduhan, selepas sahaja kejadian itu pasti anda merasakan tidak boleh hidup tanpa si dia kerana sering memikirkannya. Malah si dia juga turut merasakan begitu.



9. Aktiviti harian mengingatkan anda kepada si dia.

Setiap aktiviti yang anda lakukan apabila tidak bersama dengan pasangan, pasti anda akan cuba mencari lagu kegemaran si dia, makan di restoran yang kalian berdua sering pergi atau cuba melakukan hobi si dia.

10. Menjadi stalker di sosial media.

Anda dengan si dia sama sahaja, apabila telah lama tidak berjumpa, pasti mahu melihat atau memantau rutin hariannya di semua sosial media yang si dia miliki. Walaupun sering menelefon dan membalas whatsapp, pasti ia tidak cukup jika tidak melihat sosial media mereka.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 448,505 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen