Kebaikan Dan Keburukan Apabila Si Isteri Gaji Lebih Besar Daripada Si Suami.

 

Golongan wanita bekerjaya menjadi majoriti dikalangan masyarakat kita. Mereka mempunyai pekerjaan tetap dan berpendapatan tinggi kerana sokongan daripada keluarga untuk terus menyambung belajar dan mencari kerja di dalam bidang yang telah dipelajari semasa di Universiti. Malah wanita juga adalah makhluk yang mudah dengar kata keluarga dan tidak ego terhadap keluarganya sendiri.



Oleh kerana itu ramai kita lihat anak muda terutamanya golongan gadis mudah menggapai segulung ijazah, master atau PHD. Mereka juga berkemungkinan besar adalah harapan si keluarga untuk menyara keluarga pada masa hadapan, tetapi si lelaki pula sebaliknya. Sebahagian daripada mereka lebih gemar mengikut rentak sendiri dalam mencari arah hidupnya.

Perbezaan ketara antara lelaki dan wanita ini lah yang menyebabkan si wanita bergaji lebih besar. Dan disini lah bermulanya hikmah apabila mereka mula mencintai antara satu sama lain, sama ada untuk dijadikan pelajaran atau pengajaran pada orang lain…



KEBAIKAN.

1. Dapat membantu suami kelak.

Sudah tentu apabila wanita bekerjaya dan bependapatan lebih besar, dapat membantu suami untuk menyara keluarga kelak. Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat dan menyesak dada pasti membuat pasangan yang telah berkahwin serabut untuk merancang kewangan keluarga.

Jadi dengan memiliki isteri bergaji besar, si suami pasti akan merasa ringan bebanan di bahu dan dapat menanggung keluarga bersama.

2. Berdikari.

Isteri yang bergaji besar kebiasaannya sangat berdikari dan tidak bergantung harap pada suami kerana perkara ini sudah dipraktikkan sejak bujang lagi. Segala keperluan yang mereka mahu, mereka akan dapatkan sendiri dan mudah kemana-mana sahaja tanpa keizinan sesiapa.



Tetapi apabila sudah berkahwin, jangan pula lupa meminta izin pada suami ya!

TETAPI APAKAH KEBURUKAN YANG AKAN BERLAKU JIKA SI ISTERI BERGAJI BESAR?

1. Queen Control.

Apabila si isteri mempunyai pendapatan yang lebih tinggi dan segala kos sara hidup menggunakan duit mereka, pasti mereka akan merasakan berkuasa di dalam keluarga tersebut. Ketika ini lah si suami perlu bijak memainkan peranan sebagai ketua keluarga, adanya ilmu agama dan berbincang baik dengan isteri.



2. Maruah suami diperkecilkan.

Risiko yang paling tinggi adalah pandangan masyarakat terhadap keluarga sebegini. Malah saudara terdekat juga akan membuka mulut dan menceritakan perihal suami yang bergaji kecil. Oleh itu, apabila telah menjadi suami tunjukkan pada orang ramai, walaupun lelaki anda bergaji kecil, tetapi tidak menyusahkan rumah tangga anda, bijak menangani segala urusan dan rajin mencari rezeki.

Bukan malas goyang kaki dan hanya tahu bermain telefon bimbit.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,253 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen