Kenapa Si Dia Sentiasa Mendiamkan Diri? Cara-Cara Komunikasi Yang Efektif Antara Anda Dengan Pasangan.

 

Kini komunikasi dianggap mudah kerana boleh dibuat melalui whatsapp atau hubungi melalui telefon bimbit sahaja. Tetapi komunikasi dua hala secara bertemu sukar untuk dipraktikkan kerana kewujudan telefon bimbit.

Jika berlaku pergaduhan juga pasangan menyangkakan dengan melalui telefon bimbit pasti masalah akan mudah diselesaikan, tetapi tidak secara total. Maka dengan cara bagaimanakah untuk anda dan pasangan berkomunikasi supaya sentiasa kekal berhubung dan semakin erat..



1. Kata-kata yang positif dikala cabaran.

Tiada siapa yang mahukan pasangannya suka mengandaikan perkara-perkara negatif terhadap diri mereka. Jadi, walaupun dalam keadaan yang sangat mencabar, anda mampu memberi kata-kata positif dan semangat pada si dia. Pasti si dia akan sedar dan yakin bahawa anda ini pasangan yang sangat berharga.

2. Tunjuk minat mendalam.

Apabila pasangan membuka cerita tentang dirinya, tunjukkan yang anda berminat untuk mendengar perkara tersebut. Jangan lah hanya membalas “Ouh, yeke”, “Okay”, “Motif?”. Pasti si dia akan kecewa apabila anda memberi reaksi sebegitu.



3. Jangan menyampuk.

Apabila si dia sedang leka bercerita, jangan lah anda menyampuk pula, pasti akan merubah mood pasangan untuk bercerita. Apabila si dia bertanyakan pendapat dari anda, ketika itu baru lah anda memberi pandangan.

4. Pelbagaikan isu.

Ketahui lah anda, sesuatu hubungan akan menjadi hambar jika anda sering tiada isu untuk dibualkan. Jika setiap hari hanya topik yang sama, pasti si dia akan berasa bosan. Anda perlu ambil tahu isu semasa, berita terkini, mungkin juga gossip artis.



5. Ayat yang memberangsangkan.

Oleh sebab itu anda perlu banyakkan membaca dan belajar untuk menjadi pemerhati. Dengan membaca banyak bahan bacaan, anda sudah tentu dapat memonopoli situasi antara pasangan, dan sudah tentu si dia akan teruja untuk berbual dengan anda kerana ayat-ayat bombastik membuatkan anda nampak lebih bijak untuk berkata-kata.

6. Tujukan soalan.

Tanya sebanyak mana soalan yang kamu rasa tidak membosankan. Dan cuba beri peluang si dia bercakap lebih banyak daripada kamu. Ajukan pertanyaan yang bakal membuat si dia berfikir dan memberi jawapan kepada setiap soalan kamu, pasti perbualan kamu menjadi lebih menarik. Buka sedikit cerita tentang diri kamu kepadanya supaya keadaan tegang tidak terjadi dan si dia berasa selesa di sepanjang perbualan.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,290 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen